Sunday 2 September 2012

7 Gol Gegar Kota Bharu!

Kota Bharu- Perlawanan penuh dramatik dan debaran ini menyaksikan 7 gol berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini. Lima gol dijaringkan dalam separuh masa pertama dan 2 gol dijaringkan dalam separuh masa kedua. Keputusan muktamad perlawanan Kelantan 4-3 ATM.Pertempuran antara ATM dan Kelantan sangat sengit di Kota Bharu.
Meskipun hujan lebat perlawanan ini sedikitpun mematahkan semangat kedua-dua pemain dari pasukan Kelantan dan ATM untuk saling membalas serangan. Kelantan berjaya membuka gol seawal minit ke-7 melalui pemain pinjaman Afiq Azmi dan kemudian Marlon Alex James menyamakan kedudukan pada minit ke 26. Norshahrul kembali menerjah gawang pada minit ke 29 sebelum Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 35. Di akhir minit-minit separuh masa pertama Hairuddin berjaya menggegar gol Kelantan untuk mendahului dalam separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Kelantan bangkit melalui pemain gantian yang dibawa masuk iaitu Norfarhan pada minit ke 74 dan Nurul Azwan pada minit ke 86. Keputusan Kelantan 4-3 ATM kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan membolehkan Kelantan lebih menjarakkan diri daripada pasukan Kedah dan Terengganu serta berkongsi mata bersama ATM. Perlawanan seterusnya di Alor Star selasa ini (4 september), sebelum Kelantan akan menerima kunjungan Terengganu dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan 14 september di Kota Bharu nanti.
Terus Bersatu dan Bersemangat Demi The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO
 
KELANTAN LAWAN ATM
Separuh masa pertama:
Tamat Separuh Masa Pertama : Kelantan 2-3 ATM
# Afiq Azmi (KEL) 7'
# Marlon Alex James (ATM) 26', 35'
# Norshahrul Idlan (KEL) 29'
# Hairudin Omar (ATM) 43' 
Separuh masa kedua: Kelantan 4-3 ATM 
Tamat Separuh Masa Pertama : Kelantan 2-3 ATM
# Afiq Azmi (KEL) 7'
# Marlon Alex James (ATM) 26', 35'
# Norshahrul Idlan (KEL) 29'
# Hairudin Omar (ATM) 43'
separuh masa kedua:
# Norfarhan (KEL) 74'
# Nurul Azwan Roya (KEL) 86'


Petikan dari Laman WEB KAFA

Furrhhhh !!!!!! semasa lihat perlawanan ini di rumah dengan bantuan Live Streaming.Memang mendebarkan di tambah dengan penyokong Kelantan yang memenuhi stadium walaupun hujan lebat seorang pun tidak berganjak.Ada suara dari pengulas berbual dengan sesama mereka kalau kalah malam ini maknanya ATM bakal memecahkan rekod Tanpa tewas di SSMIV.Tapi pemain malam ini menunjukkan mereka adalah pejuang sebenar.Dan Mat Yo telah menemui golnya selama hampir 2 bulan tidak menjaringkan gol.Mat Yo nampaknya akan mula memburu jaringan.Norshahrul Idlan Talaha sudah kembali.Sebelum kawe mengulas sikit dengan perlawanan malam tadi kita tengok dulu apa yang di poskan oleh Tan Sri Anuar Musa selepas tamat perlawanan di Facebooknya.


Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pemain menunjukkan satu karekter pejuang apabila bangkit dari ketinggalan sebelum menang dengan jaringan 4-3.
ATM mempamerkan satu persembahan baik apabila dua kali menyamakan kedudukan sebelum memintas kita pada saat akhir babak pertama.
Namun, pemain Kelantan bangkit dan tidak menyerah kalah seterusnya berhasil untuk memungut tiga mata penuh, jelas Annuar.
Inilah semangat yang kita mahukan sementelah pula perlawanan yang akan dilalui selepas ini dilihat terus sukar  dan tiada jalan mudah untuk mencipta kejayaan.
Kita akan terapkan setiap perlawanan adalah seperti perlawanan akhir dan berharap para pemain dapat mempamerkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi.
Justeru itu, saya harap kita akan menang dan mengesahkan tempat ke suku akhir ketika bertandang ke Alor Setar pada Selasa ini.
Betul apa yang Tan Sri katakan tapi dari sudut penilaian kawe malam tadi.Pertahanan kita ada sedikit masalah dan pemain midfield kita kurang membantu pada separuh masa pertama.Di samping Apek di lihat sedikit hilang fokus.Marlon di di jaga dengan ketat dan mudah memperdayakan pertahanan kita.Obinna dan Subra macam hilang sefahaman dan banyak kesilapan berlaku semasa bertahan.Perkara ini mungkin akan di beri penekanan oleh Bojan dalam sesi latihan yang ada sebelum menentang Kedah di Darulaman.
Midfield kita bermain agak baik di samping Farhan seolah -olah bergerak bebas tanpa layanan dari Pertahanan ATM.Indra juga dapat melepasi pertahanan mereka beberapa kali.
Piya sudah kembali dengan prestasi nya yang mana semasa pusingan pertama dengan ATM Piya agak tenggelam.Shakir ada beberapa kali hantarannya menemui pihak lawan.Afiq nampaknya semakin gemar dengan bola tinggi dan satu lagi kelebihan yang kawe perhatikan dia suka menyambar bola.Walaupun dari rembatan rakan dia tetap mahu menyentuh bola itu bagi memeningkan penjaga gol.Norshahrul pula semakin mengganas di atas padang dan malam ini dia akan mula menjaringkan gol.
  Dari segi kumpulan Kelantan dan ATM nampak sedia untuk ke peringkat kedua dengan sama mata dengan 7 Mata.Manakala saingan Terengganu dan Kedah terdesak memerlukan kemenangan 2 perlawanan akhir ini.Jadi Kelantan dan ATM masih belum selesa.Kelantan hanya memerlukan 1 kemenngan dengan Kedah dan sekurang-kurangnya seri dengan Terengganu tapi kita tidak boleh mengambil risiko dan kita perlu membalas kekalahan di Terengganu.Biar pun kita lihat pergolakkan berlaku dalam pasukan jiran kita.Kita perlu ambik kesempatan dari hal ini.
Apa pun kita hanya ada 2 perlawanan lagi sebelum ke pusingan Kedua Piala Malaysia.Kawe jangkakan,Insyaallah dengan semangat juang yang di tunjukkan malam tadi Kita akan layak ke pusingan kedua di samping itu perlu memntapkan barisan pertahanan yang di lihat agak goyah.Setelah wisel penamat di tiupkan Kawe sujud syukur di hadapan bendera Kelantan yang GAH di dalam rumah kawe berterima kasih pada Allah kerana memberi semangat juang yang tinggi dan memberi kejayaan kepada negeriku KELANTAN DARUL NAIM.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment