Wednesday 3 October 2012

Ghaddar Wira Red Warriors


Pemain import Mohammad Ghaddar menjadi penyelamat Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Felda United.

Keputusan itu sekaligus melayakkan Kelantan mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3, untuk bertemu Selangor yang mengesahkan tempatnya selepas menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Shah Alam (agregat 5-2).

Detik cemas di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu apabila pasukan pelawat terlebih dahulu meninggalkan Kelantan 2 0, sebelum Kelantan mula bangkit menerusi jaringan  pembukaan Norfarhan di minit ke-71 apabila dia meyambut baik tendangan sudut dengan melakukan rembatan.

Di penghujung perlawanan, Mohammad Ghaddar menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi sudut yang sukar untuk menewaskan penjaga gol Felda, Hamsani.

Perlawanan tersebut dilihat seimbang sejak dari awal dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Bagaimanapun, corak serangan Kelantan di separuh masa kedua sedikit berubah dengan kemasukan Indra Putra Mahayuddin yang masuk menggantikan Badri Radzi.

Felda menjaringkan gol pembukaan menerusi pemain importnya, Mickael Antoine Curier di minit ke-40, sebelum pemain pinjaman Kelantan dari Sabah, Mafry Balang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-55.

Di awal perlawanan (m14), pasukan pelawat sudah memiliki peluang terbaik ketika berlaku keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Kelantan. Nizad Ayub pada ketika itu mempunyai ruang yang baik, namun rembatannya terkena muka Khariul Fahmi Che Mat.

Lima belas minit kemudian peluang keemasaan Kelantan hadir, namun rembatan Badri Radzi tersasar jauh setelah menerima hantaran daripada Mohammad Ghaddar.

Turut mara ke separuh akhir ialah pasukan ATM yang menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi (agregat 6-3). ATM akan bertemu Lions XII yang menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Jalan Besar (agregat 3-2).

Petikan dari Klate.Net

 Baiklah tidak perlu banyak di komen tapi prestasi pemain ramai yang bawah par.Terutama Piya yang nampak sedikit jatuh dari biasa tapi kita bernasib baik sebab Shakir pula menjadi.Kesilapan pertahanan dan Mafly macam kena badi Daudsu jee sebab jaringkan gol sendiri.tapitak pe lah sebab berlaku pada suku akhir dan semoga ianya tidak terjadi lagi.Pergerakkan pertahanan kiri dan kanan serta defensif midfielder perlu segera di atasi jika kita mahu layak ke Final.Nak tumbangkan Red Giant bukan mudah tapi Insyaallah kita boleh jika bermain dengan baik.

  Tan Sri Anuar Musa berkata beliu sukar untuk ke dressing room kerana pergantungan dan tiada orang boleh FIRE UP TRW bila dalam kelemasan.Beliu sendiri akan bertemu dengan pemain secara peribadi dan mahu TRW menungkatkan prestasi kerana RED GIANT sudah bersedia membaham kita.Sebelum beliau ke Mekah.

  Latest news:
 ESPNSTARMY dalam lawan sosial mereka melaporkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan memperuntukkan RM200,000 kepada pemain The Red Warriors jika berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Mungkin dengan peruntukkan yang ada ini pemain-pemain akan lebih bersemangat untuk melangkah ke FINAL.Misi 3 kita kena lansung dengan jayanya tanpa ada yang tersekat dan misi utama sekarang menumpaskan RED GIANT.TRW wajib mengalahkan mereka dengan jurang yang besar sebab bermain di Shah Alam bukan senang nak bermain dengan keadaan penyokong mereka juga ada.Tapi Kawe yakin TRW lebih ramai berbanding Penyokong Selangor.Mereka menyokong di kala menang tetapi kita sentiasa menyokong di kala kalah dan menang.

Apa pun kita mesti hapuskan jaringan 1 atau 2 gol.Kita setidak-tidaknya kena mengatasi selangor dengan jaringan besar tanpa bolos bagi memudahkan kita melangkah ke FINAL Jika bertemu dengan Lions kita nampak sedikit kuat tapi jika bertemu dengan ATM kita agak sukar di FINAL.

Ayuh semua penyokong Kelantan The Red Worriors !!!!!!!!!!!!! kita bersama pasukan di kala separuh akhir kerana Stadium Nasional Bukit Jalil sudah memanggil kita.AYUHH!!!!!! kita semarakkan perjuangan,kita rapatkan Barisan dan kita berjuang bersam-sama demi Negeri Kesayangan Kita.Kelantan Darul Naim.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






No comments:

Post a Comment