Monday 8 October 2012

Kelantan Belum selamat

KOTA BHARU – Kelantan membawa bekalan tipis tetapi cukup berharga ke Stadium Shah Alam, Jumaat depan selepas menewaskan Selangor 1-0 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Perlawanan yang dicemari dengan beberapa insiden kekasaran itu turut menyaksikan Red Giants terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Nasriq Baharom dilayangkan kad merah pada minit ke-64.

Meskipun berdepan dengan sorakan padu kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah, Selangor berpeluang mendapatkan gol pendahuluan seawal minit kelima, namun Bosko Balaban merembat bola melepasi palang gol.

Giliran tuan rumah cuba menghasilkan gol pada minit ke-16 melalui larian solo Mohd. Ghaddar, namun percubaannya tersasar ke sebelah kiri gawang.

Permainan agak seimbang selepas itu dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun tiada percubaan tepat daripada mana-mana pemain sehingga tamat babak pertama.

Sebaik sahaja perlawanan babak kedua bermula, tuan rumah lebih agresif dengan serangan yang lebih kemas dan gol yang dicari The Red Warriors akhirnya menjelma pada minit ke-62 menerusi pemain tengah, Mohd. Nor Farhan Mohamad.

Farhan mudah memperdayakan pertahanan pelawat sebelum merembat kencang ke sudut gawang.

Gol tersebut dianggap ‘hadiah’ gara-gara kesilapan pemain sayap pelawat, Syazwan Fitri yang kehilangan bola meskipun dia tidak diasak.

Dua minit selepas itu, Selangor terus ditimpa malang selepas pengadil perlawanan, Mohd. Yusof Mat Karim melayangkan kad merah kepada Nasriq yang melakukan terjahan keras kaki kiri yang hinggap di lutut kanan Nurul Azwan Roya.

Kelebihan tersebut digunakan sepenuhnya untuk Kelantan melancarkan serangan balas yang bertali arus, namun kecekapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali berjaya menafikan serangan tuan rumah.

Selangor turut berpeluang mencari gol penyamaan menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim, namun menyaksikan bola tersasar.

Petikan Dari Klate.Net


 
 Dari segi Defensif Kelantan sudah berjaya mengawal dan barisan serangan Kelantan.Ternyata ketiadaan Piya mula di rasai setelah masuk minit ke 20.Serangan Kelantan Mulai reda selepas itu.Betul apa yang di katakan oleh penyokong Kelantan bahawasanya Piya kena berada dalam padang walau di kala dia perform atau tidak.Pemain lain jarang boleh memberi bola yang di ingini oleh penyerang Kelantan terutama Ghaddar dan Mat Yo.Insyaallah jika Piya Bermain di Shah Alam kawe grenti Shah Alam akan kita takluki.
 Pemain Kelantan telah menerima Bayaran intensif RM 125 000 dan tambahan 200 000 lagi jika layak ke Final.Duit bukan ukuran tetapi watak juara yang kami mahukan.Kelantan hanya perlu baiki Bahagian serangan yang mana kurang tajam tetapi kita tidak menumpukan pada Striker semata-mata kerana pemain lain mampu menjaringkan gol.
  Ayuh Worriorku!!!!!! kumpulkan semangat,kuatkan azam kita bakal mencipta sejarah buat negeri Kelantan.Jika di Izinkan Allah S.W.T kita kan mencipta Tribles bagi tahun 2012.Tahun paling gemilang dalam sejarah bolasepak Kelantan.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment