Sunday 21 October 2012

KELANTAN CATAT TREBLE 2012

Inilah dia hadiah yang kawe janjikan kepada semua FB friends kawe.Alhamdullilah grafik ni keluar menandakan Kelantan telah berjaya menjuarai Piala Malaysia 2012.Ini adalah grafik yang kawe buat pada 19 oktober 2012 dan malam 20 oktober 2012 ianya selamat di keluarkan.Sebaik sahaja Kelantan menang Piala Malaysia semua rakan FB kawe mula mintak hadiah.Harap semuanya berpuas hati dengan grafik ni.

SYUKUR ALHAMDULILAH ...ALLAHUAKBAR!!!! SYUKUR YA ALLAH...
TAHNIAH KEPADA NEGERIKU...KELANTAN DARUL NAIM
TERIMA KASIH KEPADA MAT YO
TERIMA KASIH KEPADA INDRA
TERIMA KASIH KEPADA PIYA KERANA SEMUA GOL ASISTNYA
TERIMA KASIH TAN SRI ANUAR MUSA
TAHNIAH SEMUA RAKYAT KELANTAN
TAHNIAH KEPADA TRW DAN PENGURUSAN
HADIAH UNTUK KITA SEMUA, TREBLE....TERIMA KASIH x 3
Inilah pos pertama kawe setelah Kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia 2012 dan grafik ni kawe jangkakan akan mendapat like dan share terbanyak sebelum otai-otai grafik balik dari Shah Alam.Apa lagi yang perlu di katakan pada perlawanan malam ini.Inilah Final paling seronok di lihat sehinggakan Abe Ya kita nampak sangat kekecewaan dia.Kita maafkanlah B.Sathianathan sebab kenyataan tu semasa dia masih frust dan kecewa kerana pasukan ATM gagal memenangi Piala Malaysia buat kali pertama. 
Separuh masa pertama kita bermain baik dan pada last minit perlawanan Mat Yo meledakkan kemarau jaringannya pada malam ini dengan gol pertama Kelantan.Tapi asistnya bagi gol ini adalah Kapten Marble kita Piya.ATM memberi banyak ruang untuk Mat Yo bergerak bebas mungkin mereka menganggap Mat Yo tidak dapat mengancam mereka.Tapi Mat Yo membuktikan tanggapan itu silap.
Separuh masa kedua,ATM pula melancarkan serangan awal dan Rizal Zambri berjaya menjaringkan gol selepas bola terkena Obinna dan menerjah ke jaring Kelantan di mana Apex telah tertewas.Namun Mat Yo pantas mencuri peluang sekali lagi hasil umpanan Piya dan meledakkan gol kedua Kelantan.Marlon Alex James berjaya mengikat Kelantan dengan jaringan penyamaan sebelum wisel di tiupkan.
Bermula separuh masa pertama tambahan masa ,kelantan mengatur strategi baru dengan meletakkan Piya di barisan serangan dan Indra ke bahagian Attacking Midfeilder.Hasil gerakkan Piya menghantar bola kepada Indra dan Indra terus menendang bola dan hanya terpaku penjaga gol melihat bola cantik itu menerjah jaring.Kelantan mendahului dengan jaringan 3 - 2.Suasana semakin mendebarkan bila pemain Kelantan mula menunjukkan tanda-2 krem.tapi masing-2 masih boleh bermain dengan baik.Sekali sekala membuat gerakkan ke kubu lawan.
Bermula separuh masa kedua masa tambahan kelantan lebih banyak bertahan dan serangan dari ATM amat berbahaya.Nyaris-2 mereka dapat menyamakan kedudukan.Tetapi bila Allah dah tetapkan Kelantan akan menjadi Juara dengan tiupan wisel penamat Kelantan di nobatkan Juara Piala Malaysia 2012 dan sekaligus mencipta sejarah buat Kelantan apabila berjaya menjuarai 3 piala semusim dan inilah Tahun gemilang Kelantan.   
 

No comments:

Post a Comment