Saturday 20 October 2012

DOA KAMI IRINGI DOA...SEMOGA BERJAYA ,KELANTANKU

Kepada semua pemain,berjuanglah habis-habisan buktikan yang kita  adalah pasukan yang menjuarai semua liga di Bumi Malaysia ni.Walaupun tanpa beberapa pemain harapan kita tiada dalam pasukan tetapi selaku pasukan Juara kita kena buktikan yang tiada sebarang masalah buat kita.Kawe percaya strategi dan tektikal kita semasa Final bakal membawa piala ke negeri sebesar kebun bunga.KELANTAN DARUL NAIM.Buat setakat hari ini kawe menjangkakan Bojan bakal menurunkan Mafly bagi menggantikan Farhan dan Indra akan di tolak ke hadapan.sementara Piya dan Shakir akan menguasai bahagian tengah.Pertahanan pula gandingan mantap setakat ini adalah Subra dan Obinna dan di bantu Daudsu di sebelah kiri dan Nik Shahrul di sebelah kanan.Jika Kita nak menukar Daudsu di sebalah kanan pastinya Zairul Fitri akan mengisi bahagian kiri.Terpulanglah pada head Coach.

Kawe berharap sangat kita dapat mencipta sejarah menjulang 3 piala dalam semusim dan ini akan menjadikan Kelantan antara pasukan terbaik dalam negara.Walaupun kita selalu di anak tirikan oleh FAM kerana di denda 40 ribu ringgit kerana perlawanan di Selayang di kala kita menuju ke Final.Asam garam yang kita sudah jangkakan.bermain di tempat lawan pun kita kena denda.Ya Allah,bila lah mereka ni nak sedar.
Apa pun kawe berdoa semoga Allah mengizinkan Piala Malaysia kembali ke Kelantan.Berkat doa seluruh rakyat Kelantan di mana sahaja mereka berada samaada di Stadium atau di rumah atau pun di mana sahaja,Insyaallah Kelantan akan menjuarai Piala Malaysia 2012.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment