Monday 15 October 2012

HABUAN MENANTI PEMAIN KELANTAN








GANJARAN istimewa menanti para pemain Kelantan sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, ganjaran istimewa tersebut akan diumumkan oleh beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis Kafa di Kota Bharu hari ini.

“Esok (hari ini) kita akan umumkan bentuk ganjaran tersebut setelah pihak pengurusan mendengar syor-syor yang akan saya kemukakan. Ini adalah satu bentuk penghargaan yang besar dan belum pernah diberikan kepada mana-mana pemain di negara ini.

“Layak ke separuh akhir dan akhir, Kafa memperuntukkan insentif berjumlah RM200,000. Sebanyak RM75,000 telah diagihkan sebelum ini dan selebihnya RM125,000 akan diberikan kepada pemain esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Barangan Kepada Peserta Azam Tani Peringkat Parlimen Ketereh dekat Kota Bharu semalam.

Tambahnya, inilah masa untuk pemain The Red Warriors mencipta sejarah tersebut memandangkan mereka berada di landasan tepat untuk melakukannya.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, Kafa akan melangkah setapak lagi ke hadapan musim hadapan apabila pasukan Kelantan akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang berdaftar iaitu The Red Warriors.Com.

Katanya, langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan lagi pasukan dan akan diuruskan oleh seorang ketua pegawai eksekutif yang akan mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Pengurusan Kafa tidak boleh dibuat secara sambilan, jadi sebab itulah kita menubuhkan syarikat ini bagi memudahkan sistem pengurusan dijalankan secara sempurna.

“Syarikat ini akan berpangkalan di Kuala Lumpur yang akan menguruskan pelbagai aspek termasuklah penajaan dan barangan cenderamata. Ini adalah salah satu pembaharuan yang dibuat dalam memperkasakan lagi The Red Warriors.

“Begitu juga dengan penajaan bagi musim hadapan. Untuk musim hadapan kita akan mencari penajaan yang mempunyai misi global seiring dengan jenama The Red Warriors yang beraksi di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, hampir semua pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan untuk saingan liga musim hadapan.

Petikan dari Kosmo 15 September 2012
 Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

Pada berita Utama TV3 pula memaparkan 1 tanah Lot Setiap pemain jika berjaya menjadi Juara Piala Malaysia 2012 dan seterusnya menjadi satu salah satu pasukan memenangi Trebles.Piala Liga Super 2012 dan Piala FA 2012 sudah berada dalam gengaman dan Hanya Piala Malaysia yang akan menjadi tumpuan pada 20 September ini samaada Kelantan atau ATM.Pembahagian tiket pula adalah 50-50 dan ATM di khabarkan mengerahkan semua bala tenteranya bagi mencukupkan 40 ribu tiket.Kelantan pula macam mana? Penyokong di Lembah Klang sudah tentu tetapi bagi yang berada di Kelantan akan mengambil masa yang agak panjang untuk sampai di Stadium Shah Alam berbanding di Stadium Nasional Bukit Jalil.Dari segi pengurusan FAM kita tentunya boleh mempertikaikan Pengurusan FAM yang tidak menjaga Kualiti padang Stadium Nasional bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia.FAM perlu ingat perlawanan akhir akan diikuti seluruh dunia dan Astro pasti mengadakan Siaran bagi serata dunia melalui channel HD mereka.Entahlah kalau komen banyak-banyakkan kawe pulak kena Bang dan di gantung dari blogger nih.Ada terlihat kenyataan dari Daudsu yang mengatakan pemberian Bonus akan menaikkan semangat untuk mendapatkan bonus tu.Tapi itu sebagai penaik semangat yang tentunya untuk pasukan dan Penyokong.Sedap jawapan Daudsu.
 Apa pun kawe masih menilai dan mengkaji samada akan berada di Shah Alam atau hanya melihat dari Rumah tapi masa masih ada dan mungkin akan ke Shah Alam.Insyaallah kalau rezeki ada kawe akan ke sana.Tanya kawan-kawan pun masih belum dapat green light.Walau apa-apa pun kawe mengharapkan Kelantan boleh memenangi Piala Malaysia tahun ini.Insyaallah doa dan harapan kita Hulurkan kepada pengurusan dan pemain TRW tapi mohon keizinan agar Allah merestui perjuangan kita,


 GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment