Saturday 12 May 2012

ARTIKEL DARI KEDAH




PENTING dan wajib baca!! Pesanan berupa nasihat dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Kepada semua penyokong TRW, ambo kongsikan artikel bukan untuk bermegah-megah. Bacalah dengan penuh rasa hormat dan merendah diri kepada Allah SWT. Hindarkan dari timbul perasaan riak dan bangga diri. Renung diri kita sekejap dan lihat siapa yang berada di atas 'sana'... inilah cara kita... inilah bentuk aqidah dan inilah pegangan agama yang sepatutnya diterapkan ke dalam jiwa setiap penyokong bola sepak tanahair agar lebih mengutamakan kepentingan agama itu sendiri melebihi daripada kepentingan duniawi yang bersifat hancur dan tidak kekal. Ini adalah sebahagian dari rahsia-rahsia jalan menuju KEJAYAAN HAKIKI bagi mereka yang berfikir.....

 Sumber: Wae San

Alhamdulilah, Ada sesuatu yang menarik minat kawe dari segi moral dan contoh tauladan.Permulaan era kebangkitan Kelantan,memang tidak di nafikan..kawe pun rasa gerun nak g stadium tapi mungkin sebab kawe dah terbiasa dengan suasana di SSMIV.Orang kata dari budak lagi memang tempat kawe bermain.Tapi 2 butir basikal kawe hilang di stadium tapi boleh di katakan tiada lagi aral yang mampu menahan kawe dari ke SSMIV.Memang dulu kita kurangnya kesedaran sosial dan hanya tahu untuk menunjukkan rasa tidak berpuas hati kita kepada pihak tertentu.Sampai ada kereta polis pun kita mampu bakar.Tetapi dari hasil nasihat dan pengajaran kita dapat sampaii SSMIV tidak boleh ada penyokong.Berkat doa dan usaha mendidik Penyokong,kini hasilnya nampak begitu positif.
  Bukan kawe nak angkat bakul kita sendiri tapi dari segi Ilmiah cuba kita tengok apa yang penyokong Kelantan buat kepada FAM semasa Tan Sri Anuar Musa di gantung? Bapa pembangunan Bola sepak Kelantan.Ada suara-2 sumbang tapi hanya setakat di Facebook ,di blog dan di Twitter.Tapi Kelab Penyokong Kelantan memberi satu tamparan hebat kepada FAM dengan mengutip 10sen dari setiap penyokong untuk bayar kos perbelanjaan mesyuarat.Dan di hantar ke FAM bersama Syiling.Satu tindakan bijak dan memang patut pihak mereka di buat sebegitu.Mungkin mereka nak uji sejauh mana jahatnya penyokong Kelantan.Tapi sorry Broo ,kami bukan seperti dulu.Kami bangkit dari kejatuhan yang orang lain ciptakan.Malah,kawe berani mengajak sesiapa sahaja yang masih mengatakan The 12th Worriors Kelantan ni ganas.Hari ni Persatuan Bolasepak Kedah memohon maaf dari kita atas kesilapan penyokong mereka.Kita tidak buat apa-apa sekarang bukan sebab takut.Tapi Penyokong Kelantan adalah Warna Bolasepak Malaysia.Tanpa The Red Worriors hilang seri bolasepak.Satu lagi kita sekarang adalah Penyokong  Terbaik Malaysia.Kita dah belajar dari kesilapan kita.Jadi kawe setuju benar,kita luahkan kepada lama sosial tapi yang bestnya ada antara kita yang boleh jadi penasihat tapi kadang-2 penasihat pun kena bedal dlm laman sosial jugak.Tapi Datanglah ke SSMIV sekarang.Rakyat Kelantan dari Menyokong sendirian sekarang dah jadi aktiviti keluarga.Sekali datang tengok bola semua isi rumah di bawanya.Penyokong Wanita pun dah semakin ramai dan siap ada Kelab mereka sendiri.
  Tahniah KELANTAN THE REDS WORRIORS segalah usaha dan didikan yang kita belajar dan pelajari dari semasa ke semasa mendewasakan kita.Maju Bolasepak Malaysia kerna Penyokong Kelantan yang menjadikan stadium di Malaysia ini sebagai SSMIV kita.Tidak kira di mana sahaja Kelantan Bermain pasti Pemain Ke 12 Kelantan sedia di belakang tanpa penat dah lelah.Gendang di palu tetap akan terus di Palu.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment