Wednesday 16 May 2012

TERIMA KASIH KOKITAB

  
  Pada 12 mei 2012 ,kawe pergi ke Mesyuarat Agong KOKITAB Zon 1 di Wisma Darul Aman.Mesyuarat ini diadakan 2 tahun sekali bagi memilih perwakilan untuk ke mesyuarat Agong KOKITAB yang akan diadakan ini.Ini mungkin kali ke-3 kawe hadir dan berdaftar.Biasanya selepas berdaftar dapat RM50 kawe terus balik.Tetapi hari ini kawe nampak ramai yang dah balik.Jadi hajat di hati nak jadi perwakilan.Tengok orang Bomba ada seorang je.Kawe pun ikutlah Zumalis dan tiab-2 En.khalid sampai dan join sekali naik ke atas tingkat 4.Dewan agak besar tapi orang yang berada di dalam lenih kurang 70 orang.yang berdaftar di bawah mungkin lebih jauh dari orang yang ada di dalam dewan ini.
 Satu persatu agenda mesyuarat berjalan.Masa untuk bagi no cabutan bertuah pun tiba.Sampai di lane kawe sepatutunya ada 6 nombor.Khalid mendapat no 0660 manakala kawe mendapat no 0661.Tapi kertas cabutan bertuah sampai pada kawe sahaja tetapi orang yang terakhir tidak dapat.Selepas di panggil nasib baik dia dapat jugak.No cabutan bertuah bermula dari 1-49.cabutan biasa.Masa cabutan ini Khalid dapat hadiah jug kette.Manakala kawe belum lagi dapat.Berdebar menanti sampaii cabutan ke-49.Tapi no kawe tak naik-2 pun lagi.Cabutan seterusnya no 50-55 yang ni agak besar sikit kot.Tapi kawe sudah mula berputus asa,mungkin tiada rezeki kawe hari ini.
 Rupanya masih ada satu cabutan Bonanza hadiahnya TV Plasma Sony 32 inci,wahh sapa dapat ni mesti untungkan.Kawe agak berdebar waktu ini.No kawe yang baru keluar dari porch bag bermula no 50-55 tadi harap dapat sesuatu.Semasa Mc mengumumkan no tu,kawe terkejut dan terus bangun mengangkat kedua-dua belah tangan tanda kemenangan.No 0661 adalah milik hadiah bonanza ini


Syukur Alhamdullilah.....rezeki kawe hari ini dan hadiah boleh di ambil dari kedai kokitab pada keesokkan harinya.Kawe dan isteri semalam ada lah berbunyi sikit kat rumah kerana tv ada satu jee dan kawe nak tengok bola manakala bini kawe nak tengok drama dia.Last-2 bini kawe kata " kalau ada 2 tv kan best macam kat rumah Tuan Wan".Kawe pun ada niat nak belikan tapi budget belum ada.
 Keesokkan harinya kawe pun pergilah ke kedai Kokitab untuk claim hadiah tu.Kotaknya sedikit punya besar.Entah muat ke tidak MYVI kawe nii.Tapi bila di masukkan muat..Nasib Baik kann


Besarkan kotaknya.Sony tu..masa pergi ambil tu Akak-akak yang ada kat kedai Kokitab tidak habis-habis cakap kawe bertuah.Kawe pun senyum je lahh . . Balik ke rumah buat ejasment sikit sebab nak letak tv baru kan...so inilah hasilnya...


Alhamdulilah...mungkin perlu masuk perwakilan pulak tahun depan,mana tahu ada rezeki kan.Kawe ucapkan ribuan terima kasih kepada Kokitab kerana memberi hadiah ini.Semoga Kokitab akan mendapat keuntungan yang lebih lagi dari tahun ke tahun.

No comments:

Post a Comment