Wednesday 23 May 2012

Piala FA Akhirnya Milik Kelantan

KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.
Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun.
Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.
Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium.
Pada aksi itu, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.
Bagaimanapun, Sime Darby terlebih dahulu menguji benteng Kelantan apabila percubaan Azmirul Azmi seawal minit kesembilan berjaya dinafikan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan menerima tamparan apabila tonggak pertahanan, S. Subramaniam terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-28.
Peluang terbaik Kelantan untuk mencipta jaringan hadir menerusi kapten, Mohd. Badhri Radzi, namun bola tandukannya pada minit ke-36 gagal menerjah gawang Sime Darby.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sime Darby bagi memburu gol.
Akhirnya gol yang dicari-cari menjelma pada minit ke-59 hasil sepakan penalti Ghaddar.
Tersentak dengan gol tersebut, Sime Darby mula mengatur rentak lebih kemas bagi mencari gol penyamaan.
Bagaimanapun, beberapa peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan baik.
Kelantan hampir menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun percubaannya pada minit ke-85 dinafikan Mohd. Redzuan.

Petikan dari Klate.Net

Alhamdullilah kawe pun tercatit dalam sejarah Piala Fa kali ini.Kawe bersama Alias dan Adiknya bersama kawe dari Terengganu.Kawe Bertolak dari Terengganu pada 18.05.2010 jam 4.30 ptg dan sampai di tol gombak jam 10 malam.Kawe pergi ambik tiket dari Lokman di selayang.Selepas itu ke KLCC ambik adik kawe.Kami kemudiaanya pergi ke Area Cheras untuk cari penginapan,teteapi malangnya semua tempat dan penuh dengan Penyokong Kelantan.Kami berpatah balik ke Ampang setelah dapat maklumat dari Eliza.Terima Kasih Eliza atas maklumat tu walaupun dah hampir jam 1pg.Akhirnya kami dapat bilik di Ampang.Keesokkan paginya sempat bersiar-siar di Ampang point.Beli Perfume dengan contact lanes.Dalam jam 11.30 pagi hari Sabtu 19 mei 2012 kami membuat pesiapan dan bersedia ke Stadium Bukit jalil.Sebelum pergi sempat Try contact lanes tapi tak berjaya memakainya kerana pertama kali.
 Kami pun menaiki kenderaan dan menuju ke Stadium Bukit Jalil.Setelah sampai kenderaan sudah mula penuh,jalan sudah mula sesak tapi masih bergerak.Masuk Parking A di stadium Bukit Jalil dan Terus pakir kereta di situ.Setelah di kunci dan di lock kereta kami ke gerai jualan jersi dan Kawe dan adik kawe beli jersi Kelantan yang mempunyai cop mamee.Setelah siap membeli belah..kawe bersama Aril,Alias dan adiknya ke surau untuk solat jamak Zohor dan Asar.Berjumpa pula dengan Arman dan Awie serta kawan-kawan mereka.Kami bergerak seiring,siap ambik foto lagi.Selepas itu kami ke Pertunjukkan DIKIR WORRIORS sempat beli CD lagi.Sambil tengok persembahan Dikir Worriors kami di kejutkan dengan kehadiran tetamu terhormat pada hari itu.Tidak lain dan tidak bukan Tan Sri Anuar Musa,Antara yang sempat di ingati adalah..."Abg War berdoa ,Insyaallah Piala FA akan ke Kelaantan Tahun ini.Ini kali keempat kita mencubanya.Seandainya Piala FA milik kita esok Piala Itu akan sampai ke Kota Bharu".Tapi ada satu perkataan yang di ucapkan Tan Sri."kalu ambo masuk lewat dalam stadium malam ni,mintak penyokong buwe so krusi ko ambo,ambo tak kisah dok mano pun janji boleh kelih bola".
 Masa sudah menunjukkan hampir 4 petang.Kami menyusur dahulu ke Gate hijau dan mula beratur.Dekat setengah jam jugak beratur dan kami pun sampaii ke Gate hijau dan dengan Bismillah kami melangkah ke dalam stadium menuju ke tingkat 2A.Kali ini kami mendapat tempat yang baik.Betul-betul di lane tengah padang.Kerusi di bookkan untuk Sepupu kawe dengan geng adik kawe.Masa makin menghampiri 5 petang dan suasana  semakin penuh dengan lautan merah.


Ramaikan Sungai merah yang sedang mengalir.Majoriti malam ini adalah malam kita,dari segi penyokong semua tahu kita adalah raja penyokong di Malaysia.Abah kawe hantar sms pun sudah mila lambat unjtuk sampai,Sebab Stadium semakin penuh dan abah kawe nak tengok gambar pun dah tak boleh nak sent.


 Ada sahaja perkara yang menarik sepanjang masa untuk sampai ke sepak mula.Benner jangan cakaplah kan memang Penyokong kelantan ni kreatif.Suasana dalam stadium semakin penuh dan sampai tempat yang di khaskan untuk Sime Darby pun terpaksa di berikan kepada penyokong Kelantan.Kawe tidak pernah tengok Penyokong Kelantan seramai ni.Mungkin ramai yang menjangkakan ramai yang tidak datang sebab lawan kelab liga perdana tapi kali ni semuanya memang meleset.


Kerusi di sebelah kawe masih ada satu yang kosong.Penyokong Kelantan melawan bunyi gendang yang di jentik oelh penyokong Sime Darby.Dari segi psikologi pun memang gentar semua penyokong lain bila Gendang dari penyokong Kelantan mula berbunyi.Setakat hari ini masih belum ada Gendang yang mampu melawan Gendang The Red Worriors.Masa telah menunjukkan jam 8 malam.Kawe dengan membaca Bismillah melilitkan kepala dengan Lambang Kelantan dan menhantar sms buat Fazmi mintak di doakan kejayaan kami malam ini.Fazmi adalah rakan menonton bola bila kawe turun sahaja ke SSMIV.


Inilah gambar dengan sepupu VVIP kawe nihh.Dari pukul 4.30 petang tunggu dia mengalahkan VIPkan.Mohd Farid dah sampai untuk bersama kami.Bukan saja-saja nak pakai lilitan di kepala kerana lodo yang kawe ciptakan untuk blog ni pun memang kepalanya berikat.Samakan dengan Logo kawe..heheheh.
 Alhamdullilah dengan corak permainan bertahan Sime Darby, skuad Kelantan berjaya mendapatkan penalti dan tentunya pakar sepakan penalti Kelantan Mat Ghaddar tidak akan mempersiakan peluang keemasan itu.Hari ini menjadi sejarah sekali lagi dalam kamus hidup Kelantan,selama 44 tahun kita menunggu dan malam ini Piala Fa ke Kota Bharu.Walaupun ramai yang bertanya kenapan Kelantan tidak boleh bermain seperti biasa jawabnya senang sahaja.Kita Bermain dengan tektikal biasa cuma Sime Darby ada 10 orang pertahanan dan nak memcahkannya bukan senang.Walau bagaimana cara sekali pun Kelantan memenanginya namun Juara Tetap Juarakan....


Segalanya kini Kelantan sudah mempunyai koleksi Piala FA,cuma nak kekalkan kejuaraan Liga Super nampaknya Kelantan sudah berada di landasan yang tepat.Harap semua Worriors mampu membawa Kelantan Ke satu arah tuju yang lebih baik berbanding tahun lepas.Kita pernah merangkul 3 Piala Termasuk sumbangsih tetapi 4 Piala nampaknya kita masih belum mampu.Tahun 2012 kawe lihat kita berada di jalan yang baik bagi merangkul 3 Piala Utama Piala FA,Liga Super dan Piala Malaysia.Teruskan usaha yang gitu walaupun ada beberapa masalah yang mungkin menggangu sedikit perancangan kita namun usaha harus di teruskan.Apa Pun ...GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment