Wednesday 16 May 2012

Peminat bola sepak Kelantan diminta jaga nama baik






KOTA BHARU - Peminat bola sepak Kelantan diminta menjaga keselamatan dan nama baik negeri itu pada pertandingan akhir Piala FA di mana pasukan negeri akan bertemu Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta peminat bola sepak Kelantan supaya menjaga keselamatan pergi dan balik semasa menonton perlawanan akhir bola sepak itu, serta menjaga nama baik negeri.

"Mereka patut menjaga nilai-nilai semangat kesukanan yang sebenar di jiwa mereka serta menghargai apabila mereka diberi cuti peristiwa selama sehari Ahad ini sempena perlawanan bola sepak itu," katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Kira-kira 50,000 peminat bola sepak dari negeri itu dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors itu.

Kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada penyokong Kelantan pulang dengan selesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.


Petikan dari laman Web KAFA


Dengar lah semua Penyokong Bolasepak Kelantan,Tok Guru telah memberi nasihat dan peringatan agar menjaga nama baik Negeri kesayangan dan kebanggaan kita semua Kelantan Darul Naim


Ini kali keempat kita sebagai Finalis Piala Fa dan piala inilah satu-satunya belum sampai ke Kelantan Negeri sebsar kebun bunga.Kawe harap para pemain bersatu hati dan bermain secara berpasukan.Jangan ada seorang pun yang nak bertindak sendirian dan jika ada rakan yang lebih baik peluangnya berilah sebab untuk kpentingan pasukan dan Negri Kelantan.Sejarah di Piala Malaysia dulu,kawe tengok Pakcik yang berumur menagis terisak-isak kerana kekalahan kita,kawe sudah tidak sanggup lagi untuk melihat ada pulak ramai yang menangis...Semuanya ada di bahu pemain dan pengurusan.Perancangan yang baik ,susunan strategi yang baik dan dapat di terjemahkan di dalam padang dan mempunyai semangat juang yang tinggi Insyaallah kita pasti berjaya.Inilah Barisan kita.....
 Kepada Penyokong yang dari jauh ,semoga selamat sampai dan balik berhati-hati di jalan raya ..Insyaallah kawe doakan semuanya agar selamat.Kawe mungkin akan bertolak dari Terengganu pada hari jumaat.Insyaallah kita sama-sama berjuang dengan pemain untuk kita lengkapkan kejayaan kita bagi tahun 2012,Dari 4 sasaran satu dah terlepas dan tinggal 3 sahaja lagi...Insyaallah ...
 
Doa dan harapan kami serahkan Kepada Allah dan semoga Dia perkenankan kejayaan Kelantan bagi memburu Piala FA 2012.Semoga Allah memberi Ilham dan hidayah kepada para pemain dan memberikan mereka kekuatan agar terus berjuang demi Negeri Kelantan.Semoga Allah memakbulkan Doa kami semua.Amin.. Ya robbana Alamin....


No comments:

Post a Comment