Friday 4 May 2012

PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING MAKSAK SIRI KE 4

Siri ke 4 ini di adakan di Penang pada 29 Mei 2012.Penang Perade,Megamall.Semua tempat yang di anjurkan semuanya ada tempat nak shopping kan.Senang nak cari barang dan perkakas kalau tertinggal.Sampai sahaja di Penang kami terus ke Penang Perade untuk test lane.Sebab esok dah pertandingannya.Tempat Bowling ni agak sukar nak di cari sebab Penang Perade ni besar sangat tapi setelah bertanya akhirnya kami temui.
Selesai sahaja test lane kami bergerak untuk mencari hotel untuk tidur.Kebanyakkan hotel malam ni Full sebab malam minggu kan.Jenuh kami cari dan akhirnya kami temui.Tapi dah agak lewat dah hampir 1pagi.Harap semua pemain dapat rehat secukupnya.
 Kesokkan harinya kami bergerak untuk mencari sarapan pagi.Hajat nak makan nasik lemak tapi kawe nampak sedap roti canai.Kedai orang melayu.
Setelah selesai makan kami menuju ke Penang Parade untuk pertandingan siri ke-4.Segalanya bermula dengan baik tetapi Zairi nampak sedikit penurunan dari segi Scorenya.Ini yang membimbangkan team.Sedangkan Zurina masih maintain 130 tidak bawah pada itu.Mustaffa pula sudah datang kembali skill nya yang dah lama hilang seperti semalam.Tapi first game memang dia cari point dan spot yang sesuai dengan Bolanya.Score keseluruhan 1932 berbeza hanya 41 pin dari tempat ketiga.Kami mendapat tempat keempat dan masih berada dalam 5 terbaik Alhamdulilah syukur pada Ilahi.
 Dari segi post mortem dan dari cadangan rakan-2 Bomba yang lain.Mereka mencadangkan agar Tuan Syariman menggantikan Zairi pada pusingan ke -5 nanti.Insyaallah mungkin ada betulnya.Sebab dari siri awal Zairi tidak kosisten dan hanya bermain di bawah Parnya 150/160 sepatutunya dia 180/190.Kita tengok tektikal pada pusingan ke-5 nanti di Ipoh.Satu lagi perkara bila pegawai kanan bermain Team kita tidak Support mereka.Tapi Alhamdulilah Tuan Syariman masih kekal tempat ke-4.
 En Fauzi tidak akan mengikuti kami ke Ipoh kerana Isteri bakal bersalin anak sulung.Tugas pengurus Pertandingan akan di pikul oleh kawe dan masih memegang Coach untuk pasukan.Harap di Ipoh kita boleh kekalkan Prestasi 5 terbaik.Untuk mendapatkan mata dan Ranking.

No comments:

Post a Comment