Monday 14 May 2012

LIGA SUPER : Ulasan Ringkas Perlawanan Selangor PKNS VS Kelantan FA

Satu gol jaringan Mat Yo pada separuh masa pertama, dan seterusnya dua gol jaringan pada masa kedua masing-masing jaringan Obinna dan Ghaddar meyaksikan Kelantan menewaskan PKNS 3-0 di stadium MBPJ malam semalam.
Mengulas akan kekalahan mereka semalam, ketua jurulatih PKNS, Tn Hj Abdul Rahman semalam ada menyentuh tentang kualiti yang dipaparkan pemain dalam perlawanan semalam. Memuji akan kualiti team Kelantan yang padanya cukup berinspirasi memastikan mereka mendapat 3 mata penuh pada perlawanan ini. Kualiti jelas dapat dilihat pada corak permainan secara individu dan counter attack yang jelas memberikan kelebihan buat pasukan pelawat ujarnya lagi.
Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak pula mengariskan yang disiplin merupakan kekuatan utama mereka pada perlawanan malam ini. Keupayaan pemain melaksanakan setiap arahan dan taktik yang telah ditetapkan akhirnya memberikan hadiah 3 mata penuh. Ditanya adakah barisan yang sama bakal dikekalkan untuk perlawanan berikutnya, beliau menjawab segalanya adalah mengikut keperluan taktik semasa yang beliau sendiri akan putuskan bersama barisan jurulatihnya.
Diharap kemenangan ini juga akan menjadi tonik penting untuk semua, bukan sahaja kepada team akan tetapi juga buat penyokong yang akan melangkah ke pentas Final piala FA di Bukit Jalil 19 haribulan nanti.


Petikan dari laman Rasmi KAFA.
 Tiada apa lagi yang perlu di perkatakan.Hanya yang ke Stadium sahaja dapat menilai dan memberi pandangan dari apa yang telah Kelantan Pamirkan semasa perlawanan Liga Super menentang PKNS ini.Apa yang menarik perhatian kawe adalah penonton yang ke Stadium malam ini begitu ramai sehinggakan membuatkan stadium sepert SSMIV.Mungkin bahang Final Piala FA semakin kuat di rasakan.



 Lihatlah sendiri mana ada Team di malaysia yang mempunyai penyokong yang begitu ramaii semasa bermain away..Away ...cuba nilaikan sendiri betapa semangatnya pemain kalau mereka rasa di mana sahaja mereka pergi Pemain ke-12 sentiasa menyokong mereka.Bukan hanya ombongan kosong kami menyokong zaman berzaman.
Perhhh!!!!!! rasa macam stadium ini umpama Stadium Sultan Muhammad Ke-IV..serius lahh....memang hebat penyokong kita . .rasa kalu kita bekerja di saat pasukan kita berlawan pun kita tak perlu gelisah...Kawan-kawan kita yang lain pasti akan back-up kan...Tapi tu lahh bila di katakan penyokong Kelantan tengok live di tv sudah kurang debaranya,memang tak bestkan...bila bersama kita kuat....
dan best sangat-2....
inilah table selepas di updatekan . . huhuuhuhuu...tinggal 3 mata lagi untuk kita memotong dan mengambil kembali tahta liga.walau bagaimana sekalipun kita masih mempunyai 4 perlawanan kurang.Setakat hari ini semua perlawanan yang telah kita harungi..kita pergi satu persatu . .pemain dapat rehat secukupnya dan rotatetion player memang class dari Bojan Hodak....
Apa Pun ........GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment