Wednesday 30 May 2012

Chicken CHOP

Pada 21 mei 2012 kami ke Terengganu Water Front adalah satu tempat untuk relax dan terdapat satu kedai yang menyediakan masakan barat di situ.Kedai itu bernama Zie's Corner.Dulunya kedai ini di belakang Hotel Grand Continential tetapi kini telah berpindah di Terengganu Water Front.Makanan di sini agak murah berbanding di tempat lain dengan Chicken Chopnya berharga RM10 sahaja.Makanan kawe dengan isteri kawe di sini selalunya kami akan makan Chicken Chop.Jarang makan makanan lain.
 Tetapi pada mulanya malam ini Wife kawe order Spagetti,bila dia makan katanya tak rasa apa yang di makan padahal waktu tu kami memang tengah lapar.Jadi Wife Kawe order Nasi Lemak ayam Goreng.Kawe tetap setia dengan Chicken Chop.Kawe ada juga bertanyakan Mix Salad tetapi malam ni tak ada.Jadi untuk elakkan pembaziran,sedap ke tak spagetti ini kawe tetap habiskan.kawe minum Tongkat Ali manakala Wife kawe Tea O buah...macam sedap je bunyinya kan.Memang akan jadi Favourate wife kawe ni nanti.

Wife kawe sudah tukar makan malamnya yang dulunya suka makan masakan panas seperti tom yam,telur dada,kailan ikan masin,ikan kerapu kini dah berubah ke Western Food plakk.Suasana di sini memang tenang dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami lebih selesa dan kadang-kadang boleh tangok Kapal nelayan memasukki kawasan di sini.kapal terbang pun boleh nampak tapi agak jauh sedikit.Rasanya tempat ini bagus untuk merehatkan minda dan kebosanan dari kesibukkan jalan dan suasana di sini lebih tenang.

No comments:

Post a Comment