Saturday 5 May 2012

KELANTAN TUMBANGKAN LIONS XII

Kelantan turun dengan penuh semangat juang yang tinggi walaupun di dalam pasukan terdapat beberapa pemain pertahanan yang tercedera.Ketiadaan Daudsu sedikit merisaukan tetapi Zamri Ramli nampak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pertahanan kanan.Manakala pertahanan kiri di pikul oleh Farisham.Subra dan Obinna akan mengetuai barisan pertahanan tengah dan Apek akan bertindak sebagai penjaga gol utama negara dan Kelantan.Pemain tengah pertahanan akan di galas oleh Shakir dan Kapten pasukan Piya akan mengemudi barisan tengah.Manakala sayap kiri Awe akan menjadi pelari dan di sebelah kanan pula oleh Chanturu Kelantan Express.Striker pada malam ini tanpa kelibat Ghaddar yang menerima 3 kad Kuning dan Matyo dan Farhan di beri tugas sebagai pengempur Utama TRW.

Wisel di tiup bermakna bermulalah aksi pertembungan 2 negara antara Kelantan mewakili Malaysia dan Singapura di wakili Lions XII.Kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain.Di kala ini melihatkan aksi Matyo berada di bawah tahap sebenar.Pergerakkannya tampak agak [erlahan berbanding biasa.Farhan bermain baik melebihi 100%.Begitu juga dengan Chanturu dan Awe.10 minit permainan Kelantan di hadiahkan sepakkan penalti hasil gerakkan Farhan dan memaksa pertahanan lions melakukan kesilapan dengan menjatuhkan Farhan di dalam kotak penalti.Matyo mengambil sepakakn penalti tetapi skrip separuh akhir antara Real Madrid dan Bayern berulang.2 pemain bintang Cristiano Ronaldo dan Kaka gagal menyempurnakan penalti.Begitulah jua nasib Matyo.Dia gagal memberi gol awal untuk Kelantan.Namun satu peluang keemasan lions hasil sepakakan sudut nyaris memberikan gol kepada mereka tetapi aksi tangkas Apek mengagalkan hasrat pelawat.Apek sudah kembali kepada prestasi asalnya yang menerkam bola seolah-olah tidak mahu bolos lansung malam ini.Awe juga mempunyai satu peluang terbaik,namun rembatannya melewati palang gol.Kesudahan masa pertama masih 0-0.

Persembahan Chanturu malam ini telah mengembalikan keyakinan jurulatih dan penyokong bahawasanya dia berada dalam kedudukan terbaik untuk menharungi liga Super,Afc dan Piala FA.Tidak ada siapa yang boleh menyangkal prestasi Chanturu malam ini menenggelamkan Farhan dan Matyo.Separuh masa kedua bermula.Kelantan seolah -olah mendapat tonik baru dengan pergerakkan dan hantaran tepat yang menyusahkan pertahanan Lions mengwal benteng mereka.Chanturu mnerima bola dari farisham dan membuat larian separuh padang.Bola di hantar kepada Matyo dan The Linesman mencari line tepi padang dan berjaya mengelecek 2 pertahanan lawan dan mengangkat bola tepat pada Chanturu.Dengan Aksi akrobatiknya Chanturu membuat First timer terus ke gawang Lions dan menghasilkan Gol pertama Kelantan pada malam ini.Gol antara tercantik dalam Liga Super.Gol Chanturu pada minit ke 74 ini membuatkan V.Sundramoothy menukarkan Shahril Ishak dengan Khairul Azim bagi menguatkan serangan mereka.Manakala Kelantan mengeluarkan Awe dan di gantikan dengan Indra Putra Mahyuddin.Kemasukkan Indra mengubah sedikit tektikal perlawanan dengan mudah dia berjaya melepasi 2 pertahanan Lions.Tetapi tolakkan kepada Matyo gagal di lakukan sesuatu olehnya.
Indra berjaya lagi melepasi 2 pertahanan lions dan menolak bola kepada Farhan,Farhan melorongkan bola untuk Matyo dan Matyo hanya Dummy bola itu untuk Piya.Dengan pantas bola itu di tolak kepada Farhan yang telah melakukan larian dan dengan hanya menyungkit bola itu ,Farhan berjaya menewaskan penjaga gol Lions.Jaringan Farhan pada minit ke 77 permainan.Pada minit ke 83 Matyo cuba untuk menjaringkan gol namun bola plesingnya berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Lions.


Kelantan menukarkan Matyo dengan Azlan Ismail.Seingat kawe ini lah kali pertama Azlan di turunkan semenjak menjalai perbedahan.Striker dan penjaring utama Kedah tahun lalu kini sudah pulih cuma masa sahaja yang sedikit mencemburinya.Adakah dia sudah besedia sepenuhnya? kita tanggu dan lihat pada perlawanan yang akan datang.Farisham di gantikan dengan Rizal Fahmi Rosid.

Sebaik sahaja di masukkan Azlan Ismail mula di berikan kawalan rapi oleh pertahanan lawan.Kelantan mendapat tendangan sudut.Piya melambungkan bola kepada Azlan tetapi gagal di tanduk olehnya dan bola itu sampai tepat kepada Chanrutu.Chanturu melorongkan bola kepada Rizal Fahmi dan tidak semena-mena dia merembat kencang bola itu ke gawang Lions pada minit ke-85.Jaringan ini adalah jaringan tercantik bertaraf dunia kerana jika di berikan kepada penjaga gol dunia sekalipun rembatan ini memang tidak terjangkau olehnya.Lions mencuba sedaya upaya untuk membolosi gawang kelantan Tetapi ketangkasan Apek tidak dapat di atasi oleh Lions.Tamat Permainan Kelantan 3-0 Lions XII.







Sebaik sahaja tiupan wisel penamat,pemain Kelantan termasuk pegawai berbaris dan memberi sembah Hormat kepada Tuanku Sultan Muhammad ke-5.Allahuakbar Tuanku!!!!!! keberangkatan Tuanku mencemar Duli memberikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada Pasukan,pemain ,penyokong dan Semua rakyat jelata.Sokongan Tuanku menguatkan kami,Penyokong The reds Worriors.

Sebaik sahaja kepuar dari Stadium majlis jamuan kecil meraikan Harijadi Bojan Hodak,Ketua Jurulatih Kelantan kerana kemenangan pada malam ini juga di tujukan kepada beliu.Happy Birthday Coach!!!!! i wish u all the best in 2012.

Nampaknya Apek laju benar nak kek tu!!!! tak po lah Apek kes demo sedapp malam ni Bojan nak we blako ko demo...heheheh.Tahniah THE REDS WORRIORS Semoga perlawanan AFC selasa ni kita dapat membalas dendam atas kekalahan kita hari tu,walaupun kita hanya memerlukan seri sahaja,GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment