Thursday 17 May 2012

FAM nak Sabotaj Final KE?

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun dan semalam diberi amaran oleh badan itu, mempersoalkan 'tindakan terbaru' dikenakan ke atas beliau."Di mana salahnya?" soal Annuar dalam reaksinya dipetik dari laman sosial Facebooknya.Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang memberi amaran keras kepada beliau agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.Malah menurut beliau, sikap sedemikian juga menunjukkan badan induk itu cuba mengganggu fokus Kafa dalam usaha menjuarai Piala FA, Sabtu ini."Ada pihak yang tidak senang hati melihat kemunculan saya di TV, malah mempertikaikan kenapa saya masih lagi hadir di Majlis rasmi."Lagipun titah Presiden FAM sebelum ini, 'This is a free country, and I'm a free citizen', jadi apa masalahnya?" kata Annuar.Pandangan Annuar merujuk kepada kenyataan Taufik yang menyatakan beliau telah melanggar keputusan jawatankuasa tatatetib dengan menghadiri satu majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di kafe The Red Warriors di Kota Bharu, kelmarin.Beliau menegaskan bahawa majlis itu adalah anjuran Fan Club KELATE.NET dan The Red Warriors Cafe dan bukannya gabungan FAM ataupun Kafa."Saya hadir atas kapasiti peribadi dengan melancarkan CD dikir barat dan kempen jualan, tiket anjuran mereka, jadi saya tidak tahu di mana salahnya?" kata beliau sambil menambah, "lagipun saya digantung dari aktiviti bola sepak, bukannya dilucut dari jawatan."Sementara itu, kenyataan Taufik yang tidak menggalakkan Annuar hadir pada pertemuan final Piala FA antara Sime Darby dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dikhuatiri menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk mengatur tempat duduk bagi memenuhi protokol beliau yang berstatus Tan Sri, Annuar berkata, itu semua tidak memberi masalah kerana bagi beliau isu protokol tidak memberi sebarang kepentingan."Hanya orang gila pangkat dan mabuk kuasa sahaja sibuk dengan protokol dan kedudukan dirinya, kita rakyat biasa dan manusia biasa, 'we have nothing to lose, stop all provocation, enough is enough'."Saya tidak perlu dijemput atau disambut dengan protokol, itu semua tidak ada masalah bagi saya. Insya-Allah saya akan tetap berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini," tambah beliau.Awal bulan lalu, Annuar digantung dua setengah tahun apabila melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.Selain itu, Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.Oleh NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH, SINAR HARIAN
 
Inilah Organisasi Bolasepak Malaysia....Apa yang mereka dan keluarga mereka tidak berpuas hati pun kawe tak tahu...lepas satu satu...Tak ada perkara lain ke nak di buat.Perbangunan Bolasepak Malaysia Mana? Budak-2 bawah umur 18,15 dan 12 tahun buat apa sekarang niii? Ada ke liga untuk mereka? jangan dok sibuk nak jaga orang lain ...Kerja yang berlambak-lambak tu tolong siapkan dan kalau tak ada kerja ..memang mustahil sebab FAM adalah kerjanya untuk sukan bolasepak Malaysia dan bukan Goyang kaki duduk di atas kerusi...Mana perkembangan terbaru pelapis Malaysia? Harimau Muda o.k yang bawah nii mana? pelapis mana? 
 Sepatutunya FAM boleh menubuhkan Timbang Tara kerana perkara ini ada dalam Rules FIFA.So dari mana perlembangaan FAM? Buat sendiri ke? Tak pe lah kita tengok next step TSAM...Kalu presiden FAM semdiri perlu berundur ...silakan dengan segala hormatnya.mungkin seseorang dari FIFA perlu datang ke MALAYSIA melihat undang-2 ciptaan FAM.Kalu tidak ada unsur kebaikkan dan sekadar mahu menjaga seseorang lebih baik yang sepatutunya berundur...
 Jangan mencetuskan kontroversi dan sentimen kemarahan penyokong Kelantan di saat mereka bersusah Payah untuk ke Bukit Jalil dan jangan kerana tindakkan bodoh mereka dan keluarga mereka boleh merosakkan FINAL PIALA FA 2012...dont be stupid if u are already stupid.....
  Apa pun kawe berdoa semoga TSAM mendapatkan keadilan dengan kebijaksaan beliu.Kami penyokong akan terus berada di belakang TS dalam susah dan senang..Insyaallah,semoga Allah melindungi orang-orang yang membuat kebaikkan....
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment