Saturday 19 November 2011

Kelantan Juara Piala Agong

Kelantan membuka tirai Piala Emas Raja-Raja dengan menjuarai Piala Agong 2011.Kelantan rata-rata di barisi pemain dari skuad utama pada tahun 2011 di samping beberapa muka baru.Wan Rohaimi Wan Ismail mengetuai pasukan Piala Agong.
Beraksi diatas padang becak, pelawat terlebih membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Muhaimin Mohd. Shafie pada minit ke-34 selepas bijak menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah yang di ketuai bekas pemain Liga Super Kelantan Wan Rohaimi Wan Ismail.Tersentak dengan jaringan awal pelawat, tuan rumah mula memperkemaskan permaianan namun di hampakan oleh ketumpulan jentera serangan yang menyasikan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Kelantan terus menggandakan serangan untuk merapatkan jurang gol, hasilnya pada minit ke-50 tonggak pertahanan Rosairol Asrol Mohd. Noor berjaya menjaringkal gol untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Kelantan terus menggandakan jaringan menerusi kapten pasukan Wan Rohaimi Wan Ismail apabila berjaya menyempurnakan sepak penalti pada minit ke-57.
Ketika penyokong tuan rumah bersorak gembira untuk meraikan kejayaan, Mohd. Ikmal Faiz Azmi berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesampaian, apabila penyerang Liga Super Kelantan Muhammad Ramzul Zahini yang tidak dikawal menanduk masuk bola lambungan rakan sepasukan Tuan Hafizi Tuan Mahmood untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.
Kejayaan tersebut menyaksikan Kelantan berjaya menamatkan penantian selama dua tahun untuk muncul juara Piala Agong selepas kali terakhir melakukanya pada tahun 2008.
Selaku juara, Kelantan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, manakala Perlis yang muncul naib juara meraih RM5,000.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) Datuk Takiyuddin Hassan berkata kejayaan tersebut dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena hari keputeraan baginda yang ke-42 kelmarin.
“Kejayaan ini cukup bermakna buat kami dan PBSMK mahu menghadiahkan kejayaan ini kepada tuanku Sultan Muhammad V sempena hari keputeraanya,” ujarnya.
sumber wawanfaiz.



No comments:

Post a Comment