Monday 14 November 2011

Malaysia 4 - 1 Kemboja

Separuh masa pertama pemainan Malaysia begitu rilex tanpa aggresif untuk mencari gol.Permainan agak bersahaja dan hanya berlegar dari tengah.Agak membosankan corak permainan pasukan negara.Sesekali kita melancarkan serangan yang agak bahaya tapi tidak bertemu gol.Nazmi bermain baik dan menggerakkan serangan Malaysia.Satu lambungan cantik dari yong di tanduk mudah oleh Izzat Faris pada minit ke 7.Permainan Malaysia banyak tertumpu pada passinf sesama sendiri bagi menjimat tenaga dan sesekali menyerang.Namun tanpa di duga Badrol bathiar tiba-tiba merembat bola dari jauh dan bola melantun masuk ke dalam gawang Kemboja pada minit ke 35.Nampak seolah-olah penjaga gol kemboja menyalahkan keadaan padang.Pada satu lagi lambungan bola dari Yong namun Izzat di tarik oleh pemain kemboja dan Penalti di berikan.Badrol Badtiar mudah menyempurnakan Gol itu pada minit ke 39.
  Bermula sahaja masa kedua pasukan negara di tekan habis-habisan oleh pasukan kemboja.Pasukan kemboja mnyerang seolah-olah ini adalah perlawanan akhir.Kelam kabut pemain negara untuk mengimbangi corak pemainan keras dan laju kemboja.Dengan tidak semena-mena kemboja melakukan counter attack tanpa sempat pemain pertahanan negara turun dan kemboja berjaya memecahkan pertahanana kita dengan Gol pada minit ke 60 di jaringkan oleh Chun yun.Terlepas juga Apek.Namun Pasukan negara kembali mnyerang dan mengasak kemboja akhirnya bola masuk juga oleh jaringan Wan Zaharulnizam pada minit ke 90.begitu lah berakhirnya perlawanan dan kita mengharapkan tektikal kental dari ong kim swe pada pertemuan dengan indonesia pada 16 haribulan ni nanti.

No comments:

Post a Comment