Wednesday 23 November 2011

Malaysia Pingat Emas


Pingat Emas Sukan Bolasepak sukan sea 2011 di kalungkan kepada Malaysia skuad Harimau Muda Tahniah Malaysia ku.Walaupun tanpa Izat,Syahrul azwari namun kita masih mampu mengimbangi perlawanan Final ini dan Syabas!!!!!!!!!!!!!
  Permulaan Pemainan Indonesia menlancarkan asakan bertubi-tubi.Dengan gandingan 5 pemain yang di warganegarakan.Namun Indonesia mendapat Gol awal pada minit ke 4 perlawanan hasil dari tendangan sudut yang di sempurnakan oleh Gunawan.Pada pandangan kawe Mahali perlu challenge bola tu tapi dia mengambil keputusan untuk undur ke tiang Gol.Pada minit ke 12 lambungan cantik Badrol gagal di sudahkan oleh Asraruddin.Pada minit ke 27 asra sekali lagi gagal menyempurnakan.Banyak lagi peluang-peluang terhidang tapi kita masih gagal mendapatkan gol.Khairul Fahmi Che Mat memang tidak dapat menafikan prestasi terbaik seperti biasa,Pada minit ke-33 tandukan Asra menrjah jaring akhirnya walaupun beberapa kali mencuba.Jaringan penting buat kita menyamakan kedudukan.1-1.
 Pada separuh masa ke dua,kedua-dua pasukan berbalas serangan demi serangan namun masih gagal mencari gol kemenangan.Saat-saat akhir Indonesia tidak memberi peluang lansung kepada Malaysia untuk menyerang dan kita berjaya mempertahankan kubu.Masa tambahan juga berakhir dengan kedudukan masih lagi sama.
 Nampaknya Kapal Terbang Khas untuk skuad Malaysia di bawa pulang terpaksa menundukan masa kerana perlawanan ini berlanjutan ke tendangan penalti.


 Tendangan pertama Indonesia berjaya masuk walaupun bola nyaris di selamatkan oleh Apek.Mahali Jasuli mudah menyempurnakan sepakan PenaltiTendangan indonesia terkena tiang dan tidak masuk memberi advantage kepada kita.Irfan mudah mnyempurnakan tendangan.Ketua pasukan Indonesia berjaya merembat bola memasuki gawang.Tendangan dari Fakri tepat di baca oleh penjaga gol indonesia.Namun Indonesia berjaya menyamakan kedudukan.Fadhli sas mudah menjaringkan gol.Tendangan tinaga pemain Indonesia dapat di selamatkan oleh Apek.Bijak dan Class Apek selamatkan penalti.Tendangan penentuan dari Badrol Bahtiar dengan tenang dia menendang bola ketengah gol walaupun terkena penjaga gol namun bola itu bergolek masuk ke dalam Gol.Malaysia berjaya memenangi pingat Emas sukan sea 2011.
Tahniah Malaysiaku . . . Inilah Barisan Kita.........





No comments:

Post a Comment