Saturday 19 November 2011

Malaysia Vs Indonesia Final Sea Games 2011

Syukur ke hadrat Ilahi . .dengan RahmatNya Malaysia berjaya layak ke Final.Kita berjaya menewaskan Myammar pada separuh akhir dan Gol tunggal di jaringkan oleh Fakri Sairani pada minit ke 85.Pemain kita nampak kepenatan bila memasuki separuh masa kedua.Di mana Badrol Bahtiar sendiri kelihatan seba tidak menjadi.Fakri juga di lihat banyak kehilangan bola dan Syahrul Azwari juga nampak tidak Fit serta semakin perlahan pecutan lariannya.Apa status Wan Zack Haikal kita pun tidak dapat di perkatakan lagi.Namun perlawanan akhir pada 21 November ini Malaysia akan bertemu dengan Indonesia sekali lagi.Pastinya Indonesia tidak mahu di aibkan oleh Malaysia sekali lagi oleh Malaysia ketika kita tewaskan mereka pada pertembungan akhir kumpulan yang mana kita memenanginya dengan 1-0.

 Indonesia pula menewaskan Vietnam dengan 2-0.di mana pada pertemuan tadi mereka nampak kemas pada semua posisi malah 3 orang import yang di warganegarakan bermain serentak.Itu bukanlah satu alasan untuk menidakkan Malaysia memenangi Pingat emas sukan sea.Kita juga berharap memang betul peraturan yang mana penerima kad kuning pada peringkat kumpulan di bersihkan semasa separuh akhir.jika benar peraturan ini bermakna Badrol Bahtiar dapat bermain untuk Final.Jika tidak dia tidak dapat bermain.Kita juga berharap para pemain berehat secukupnya dan mendapatkan kembali kecergasan untuk Final nanti.Seluruh rakyat Malaysia berdoa dan berharap kita berjaya menewaskan Indonesia dan seterusnya memenangi pingat Emas.Semoga Barisan kita berjaya.

GOMO MALAYSIA GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment