Saturday 5 November 2011

DEMONTRASI DI TERENGGANU

  Selepas tamat Piala Malaysia 2011 . .Jurulatih Terengganu mengatakan moral pasukan terganggu oleh PBSNT.Adakah yang di maksudkannya Pengurus bolasepak Terengganu? mungkin ramai yang tertanya-tanya masalah apa yang melanda pasukan Terengganu.Dari apa yang di beritahu kawan-kawan semasa hendak ke Shah Alam pemain-pemain Utama pasukan (First Eleven) Terengganu menaikki Kapal Terbang dan pemain simpanan menaiki bas? betul ke tak cerita ni kawe tak pasti.Hanya pemain-pemain Terengganu mengahtahuinya.Macam mana pengurusan bolasepak menguruskan pasukan? mungkin juga kerana pengurus yang sama terlalu lama dalam pasukan Terengganu.
   Penyokong-penyokong Terengganu sudah tidak dapat bersabar lagi,kerana terlalu sayangkan pasukan dan tidak mahu pemain-pemain utama pasukan berhijrah beramai-ramai sebagaimana berlaku selepas Piala Malaysia 2001.Mereka mahu Menteri Besar Terengganu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini.

 Apa yang menariknya mereka semua berpakat untuk menyelamatkan pasukan mereka dari di musnahkan oleh mereka yang tidak bertanggunjawab.Malah pemberian bonus diagihkan secara tidak adil antara pemain utama dan simpanan.MB sudah beritahu bonus RM10 ribu seorang tapi lain pulak jadinya.macam-mcam kan.Di harap MB dapat buat keputusan segera bagi memberi kpuasan kepada penyokong-penyokong mereka.Jika tidak Stadium akan kosong tanpa peminat dan akan buat hal semasa mengundi nanti.Sedap juga kata-kata mereka ni,sampai politik pun di ugutnya,Apa pun tahniah penyokong-penyokong Terengganu kamu bertindak awal dan bijak.Memorandum telah di hantar ke MB untuk menyesaikan masalah ini.Di harap Terengganu dapat selesaikan dan akan terus kekal menjadi pencabar Liga Malaysia.

DI harap semuanya dapat di selesaikan dengan win to win situation.

No comments:

Post a Comment