Wednesday 30 November 2011

Pra Musim Persahabatan N.9 3 - 1 Kelantan


 Perlawanan Persahabatan dengan N.9 ini menunjukkan kita cuba untuk mengintai sambil mencuba kekuatan dan kelemahan dengan Juara Piala malaysia 2011.Namun perlawanan ini tidak boleh di ambil kira sebab penentuan sebenar hanya pada 7 januari 2012.Piala Sumbangsih.Lagipun kita hanya menurunkan beberapa tonggak sahaja dan tidak skuad utama di tambah pula dengan kehadiran Albert Baning yang pertama kali kita turunkan.Tapi Danny nampaknya sekali lagi menjaringkan gol.Satu petanda yang baik.
Kesebelasan Utama :

Syazwan Yusof, Daudsu Jamaluddin (Rizal Fahmi Rosid), Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail (Zamri Ramli), S.Chanturu (Ramzul Zahini), Badri Radzi (Emmenuel Okine), Khairul Izuan Rosli, Nurul Azwan Roya (Izuan Salahuddin), Albert Baning, Danny Antwi.

Pemain yang TIDAK diturunkan :

Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose.
 
    N.Sembilan FA ( James Emmanuel Emana 56' / Idris Karim 63' / # S.Kunalan 78') 3 - 1 KELANTAN FA (Danny Antwi 75') Kekalahan pertama Kelantan dalam siri perlawanan persahabatan ini akan dijadikan sebagai pengajaran untuk menilai prestasi semasa pemain yang diturunkan sebagai persediaan awal Peter Butler memilih pemain muda gantian yang sesuai jika melibatkan perlawanan sebenar selain menguji dari masa ke semasa prestasi pemain import yang dipilih. 
Source: TRWC
 Inilah keputusan dan perlawanan Pra Musim bagi TRW untuk mempersiapkan Super Worriros 2012.Selain Pemain ,penjaga gol juga perlu rotation supaya semua penjaga Gol yang kita ada belajar dari perlawanan ke perlawanan,

18 Nov - Skuad Kebangsaan Maldives, Stadium MBPJ | Kelantan 2 - 1 Maldives
23 Nov - Balestier Khalsa FC, Stadium Toa Payoh | Kelantan 3 - 0 BKFC
26 Nov - Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KL | Kelantan 4 - 2 ATM
29 Nov - Negeri Sembilan, STAR Paroi | Kelantan 1 - 3 Negeri Sembilan
01 Dis - Perak, STAR Paroi
31 Dis - Terengganu, SSM4 Kota Bharu

Tertaluk kepada pindaan. Perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
 Mohamed Ghaddar diperkenalkan kepada pasukan di Paroi
Foto oleh Wae San
 

No comments:

Post a Comment