Thursday 10 November 2011

Malaysia 2 - 1 Thailand

Harimau sudah mula menunjukkan taringnya.Pada awal permulaan permainan Thailand menyerang dan mengambil langkah drastik dengan menyerang kubu Malaysia bertubi-tubi.Pemain kita berjaya menyerap tekanan dari Thailand dan mula menyusun strategi.Beberapa percubaan dari thailand dapat di selamatkan Apek.Begitu juga Malaysia menyerang menyerang dan membuat percubaan tetapi tersasar.Saat yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia dengan satu hantaran menarik dari sebelah kiri oleh asaruddin dan disamabar oleh Badrol dan merembat menerjah jaring pasukan Thailand pada minit 25.Banyak peluang yang di perolehi oleh Syahrul azwari tapi sayanganya control ballnya tidak beberapa baik.2 kali dia dapat melepasi perangkap off side tapi peluang yang terhidang itu tidak di menfaatkan.Separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0.

  Pada Separuh masa kedua Thailand melakukan serangan dan begitu juga Malaysia peluang-peluang terhidang tidak dapat di sudahkan dengan baik.Datang pula firasat pada kawe di mana jika thailand dapat menyamakan kedudukan Malaysia pasti tertekan.Pada minit ke 76 serangan Thailand tidak dapat di halang lagi oleh pertahanan Malaysia dan berjaya di jaringkan oleh Natrid.Malaysia mula nampak sedikit tertekan dengan Coach membuat pertukaran mengeluarkan pemain muda Nazmi dan digantikan oleh K.Gurusami.Serangan terus di rencana oelh Malaysia bagi mencari 3 mata berharga skuad negar.Coach memasukkan Fakri dan Izzat bagi mengancam kubu Thailand.Pada minit ke 85 hantaran tepat pada Izzat lalu merembat ke gawang Thailand.Selepas gol itu thailand masih bernafsu untuk menyamakan kedudukan Tetapi Malaysia pula mendapat beberapa peluang tapi terus gagal di menfaatkan.di harap striker Malaysia melakukan percubaan bertalu-talu apabila bertemu dengan Kemboja pada Ahad nanti.Good Luck Malaysia!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment