Tuesday 11 September 2012

FAM tolak permohonan Kelantan


Kelantan dalam dilemma apabila kehilangan beberapa pemain tonggak untuk persiapan saingan Piala AFC menentang Arbil SC 18 September ini.
Mengikut laporan akhbar The Star, permintaan Kelantan untuk mengecualikan pemain-pemain mereka, Khairul Fahmi Che Mat, S.Subramaniam, Shakir Shaari dan Norshahrul Idlan Talaha dari perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya dengan Vietnam telah ditolak oleh FAM.
Kelantan telah berharap untuk mendapatkan pemain-pemain itu bagi membuat persediaan menentang Arbil SC dalam suku akir Piala AFC 18 September ini.
Pasukan kebangsaan akan meninggalkan kem pada 12 September ini dan para pemain akan kembali ke pasukan mereka untuk perlawanan terakhir kumpulan Piala Malaysia pada 14 September ini.
Kelantan akan bertemu Terengganu di Kota Bharu pada 14 September dan akan berlepas ke Iraq sehari selepas itu tanpa berpeluang untuk menjalani latihan yang baik untuk Piala AFC.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu bahawa mereka telah menghantar permohonan secara bertulis kepada FAM untuk mengecualikan pemain mereka tetapi telah ditolak.
"Kami telah menghantar permohonan rasmi kepada FAM tetapi telah ditolak jadi kami tiada pilihan lain," kata Azman kepada The Star.
"Kami dalam situasi sukar sekarang dengan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia dan juga selepas itu Piala AFC di Iraq.
"Kami tidak mampu untuk mempunyai pemain yang cedera lagi dan keempat-empat mereka itu semestinya keletihan selepas beraksi dengan Vietnam.
"Subra kini cedera dan kami hanya boleh berharap tiga pemain lain itu tidak cedera semasa perlawanan persahabatan itu nanti." jelasnya.

Petikan dari TRW Bullettin

Ada kalanya pemain perlukan rehat terutamanya pemain utama setiap pasukan.Bukan nak belakangkan negara tapi sekarang ni Malaysia hanya mengadakan perlawanan persahabatan.sedangkan Kelantan di dalam saingan piala Malaysia dan AFC.satu-satunya pasukan dari negara kita yang masih berusaha untuk membuktikan Malaysia sudah berada di tahap asia.Tapi kalau FAM sendiri tidak boleh menyokong pasukan yang mewakili negara sampai bila pasukan dan kelab akan meningkat di mata dunia? kadang-2 kita perlu juga fikirkan kelebihan kepentingan perlawanan supaya Dana yang di laburkan tidak di buang begitu sahaja.Terpulanglah,Kelantan kini terpaksa bekerja keras untuk merancang strategi lain bagi meringankan beban pemain-pemain yang mewakili negara,di harapkan Kelantan akan buktikan sesuatu pada Asia di AFC.

No comments:

Post a Comment