Saturday 15 September 2012

Kelantan Gah Benam Terengganu


Kelantan Kenduri gol, penutup bulan syawal.

Kota Bharu: Kelantan berjaya menebus kembali aib ketika ditewaskan Terengganu 2-0 semasa perlawanan pembukaan dengan membalas balik jaringan 6 gol kemenangan berbalas 1. Ini menjadikan penutup musim yang amat perit dalam sejarah bolasepak Terengganu selain daripada krisis dalaman yang melanda skuad Sang Penyu ini. Kemenangan ini dianggap kemenangan maruah bagi seluruh penyokong Kelantan.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Afiq pada minit 13, Norfarhan pada minit 29 dan 47, Piya pada minit 76 dan 81 serta Indra pada minit 86 manakala gol saguhati Terengganu dijaringkan oleh Hasmizan pada minit 79. Kota Bharu kekal menjadi benteng kebal Kelantan sepanjang perlawanan 2012 untuk saingan Kelantan menentang Terengganu.

Kehadiran luar biasa seluruh penyokong Kelantan juga membantu memeriahkan perlawanan ini. Tahniah kepada seluruh pemain, pendokong dan penyokong Kelantan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kejayaan Kelantan ke suku akhir. Ayuh terus utuh bersama The Red Warriors untuk perlawanan suku akhir Piala Malaysia dan AFC pula.

SEMO HEBAT BELAKO.....GOMO KELATE GOMO



KELANTAN 6-1 TERENGGANU

(Afiq 13', Norfarhan 29 & 47, Piya 76 & 81, Indra 86) (Hasmizan 79')

SENARAI PEMAIN:-

KELANTAN:
Khairul Fahmi(GK), Obinna, Nik Shahrul Azim, Norfarhan, Nurul Azwan Roya, Indra Putra, Mohd Daudsu, Mohd Badhri Radzi(K), Mafry Balang, Mohd Afiq

SIMPANAN:cShahrizan(GK), Ramzul Zahini, Norshahrul Idlan Talaha, Zamri Ramli, Zairul Fitree, Khairul Izwan, Mohd Aslam

TERENGGANU: Mohd Sarmiza(GK), Erison Da Silva,Ismail Faruqi,Abdul Manaf,Kalang Tie, Abdul Hadi, Marlizam, Zubir Azmi, Ahmad Nordin, Shukur Jusoh, Mohd Faizal(K)

SIMPANAN: Muhd Saifudin(GK), Shamsul Kamal, Nik Zul Aziz, Hasmizan, Mohd Fakruzazi, Mohd Khairul, Ahmad Takiyudin



SEPARUH MASA PERTAMA:

- Minit 05: KELANTAN 0-0 TERENGGANU

- Minit 14: KELANTAN (Afiq 13') 1-0 TERENGGANU

* jaringan Indra dibatalkan kerana offside

 - Minit 20: KELANTAN (Afiq 13') 1-0 TERENGGANU

- Minit 30: KELANTAN (Afiq 13' Norfarhan 29') 2-0 TERENGGANU

- Minit 38: KELANTAN (Afiq 13' Norfarhan 29') 2-0 TERENGGANU

** ATM 2-0 KEDAH

- Minit 40: KELANTAN (Afiq 13' Norfarhan 29') 2-0 TERENGGANU

- Minit 45++: KELANTAN (Afiq 13' Norfarhan 29') 2-0 TERENGGANU - TAMAT



SEPARUH MASA KEDUA:



- Minit 48: KELANTAN (Afiq 13' Norfarhan 29' 47) 3-0 TERENGGANU




Petikan dari http://www.theredwarriors.com

Alhamdullilah ,misi menebus kekecewaan pusingan pertama berjaya di langsaikan dengan memberi Terengganu hadiah jaringan yang agak besar dan boleh di katakan kenduri RAYA.Kita kena ingat malam tadi kita telah membunuh penyu sepenuhnya dari Piala Malaysia 2012.Is coz Darby memihak kepada kita dengan jaringan 6-1.Kita membuatkan Terengganu pening dengan tektikal Kelantan yang menurunkan pemain yang tidak di jangkakan oleh Terengganu.Indra dan Afiq berada di barisan depan dan Farhan dan Awe sebagai flangker.
 Piya bermain baik malam ini dengan banyak gerakkan dan hantaran true pass yang cantik.Tapi aksi Piya selepas menjaringkan gol itu benar-benar menarik dan menjadi tumpuan penyokong selepas dia menjaringkan gol.Kaptem Marble....Hanya di Kelantan sahaja kita dapat melihat aksi Piya ini ,dengan kepimpinannya dan juga semangatnya memberi inspirasi kepada pemain bagi meneruskan perjuangan.
 Tahniah TRW berjaya juga menjadi Juara Kumpulan maut ini dan bakal bertemu dengan FELDA United pada peringkat Suku akhir nanti.


Inilah jadual suku akhir nanti.jika di lihat lalauan Kelantan berkemungkinan kita bakal bertemu Johor FC di separuh akhir jika Johor FC berjaya menewaskan misi 33 Selangor.Apa pun kawe mengjangkakan kita bakal bertemu dengan Negeri sembilan ,ATM atau Lions XII.Pasukan yang baik pasti bertemu di FINAL.
Semoga kita berjaya menuju ke FINAL.Bukit Jalil pulak lah set kita tahun nii.Semoga berjaya Kelantanku.Berjuanglah dengan semangat yang jitu,semangat Pahlawan Merah yang pastinya akan di iringi dengan sokongan padu Pemain ke 12 Kelantan.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!






No comments:

Post a Comment