Friday 21 September 2012

Kekalahan Memalukan



KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-5 Red Warriors kepada kelab Arbil dari Iraq pada suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia semalam adalah memalukan.

Annuar melalui kenyataan dalam Facebook beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan kekalahan besar Kelantan itu.

“Saya amat sedih. Apa yang kita tak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa Kelantan. Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan,” katanya.

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kekalahan tersebut menunjukkan Kelantan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kelab-kelab Asia Barat.

Beliau berkata, keadaan itu menyaksikan Kelantan selaku juara Liga Super dan Piala FA, tidak berdaya menyekat kemaraan pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFC musim lalu.

Menurutnya, berdasarkan perlawanan semalam, pasukan Arbil FC cukup matang dan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Kelantan kerana mereka mampu berpesta gol sehingga minit terakhir.

Bagaimanapun katanya, kekalahan tersebut seharusnya dijadikan panduan kepada pasukan bagi memperbaiki kelemahan untuk menghadapi saingan kedua di laman sendiri.

“Saya mengakui laluan Kelantan pada peringkat suku akhir ini cukup berliku dan pada perlawanan timbang balik nanti di Stadium Sultan Mohammod IV, ia harus diperbaiki.

“Kelantan gagal mengimbangi perlawanan terutama pada separuh masa kedua berikutan hampir separuh tonggak utama tidak dapat bermain.

“Pemain tonggak Kelantan seperti Obinna Nwaneri, S.Subramaniam, Muhammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Azman, Kelantan agak tempang ketika berkunjung ke Iraq antara lain disebabkan kegagalan mendaftarkan dua pemain import baru.

Jelasnya, pada babak pertama, Kelantan mampu menyaingi Arbil FC sehingga menjaringkan gol penyamaan oleh ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi, namun gagal menyekat pasukan lawan pada babak kedua.

“Kekalahan mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi secara positifnya, kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya.

Petikan dari Klate.Net

Bila big boss dah berbunyi menyatakan kekecewaannya bermakna dia tidak suka apa yang berlaku dalam pasukan hari ini.Pertamanya dasar FAM sendiri menyukarkan pasukan dari Kelab untuk bersaing dalam AFC.Keduanya pemain dan jurulatih terpaksa mengharungi perjalanan yang memakan masa 30jam.ketiganya pasukan kita belum mantap dan bersedia bagi saingan AFC level ini di samping jadual perlawanan yang padat dan masa persediaan yang singkat. 
 Tan Sri Anuar Musa mahukan kejayaan Kelantan Berterusan dan dia mahu Kelantan terus mencipta sejarah demi sejarah.Dalam Negara Kelantan sudah berjaya menawan 2 piala dan sekarang membuat terible.Ternyata Tektikal Kelantan seperti yang Tan Sri Anuar Musa inginkan pada awal tahun dahulu masih belum berjaya.
 Kawe kagum dengan Tan Sri yang tak putus-putus berjuang dan berjuang demu memertabatkan Bolasepak Kelantan dan Negara.Tetapi setakat ini hanya di Kelantan beliu berjaya membawa revolusi ini terus ke kejayaan.Namun di Negara Dasar dan Politik dalaman FAM membantutkan usahanya untuk membawa revolusi di peringkat Nasional.Seriusly,FAM memerlukan pimpinan baru dan tidak perlu ada Sultab atau Raja dalam persatuan.FAM sudah lama dan uzur.Selagi FAM tidak bertukar pengurusan selagi itulah Bolasepak negara masih berada di takut lama.



No comments:

Post a Comment