Thursday 20 September 2012

Keletihan Punca Utama Kelantan Kalah – Hodak

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpendapat keletihan merupakan punca pasukannya dibelasah 1-5 oleh juara liga Iraq, Arbil dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, pada Selasa.

Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Baharu, pasukan pantai timur itu berhempas pulas dalam perlawanan itu di Stadium Francouse Al Hareeri.

Halkard Mulla Mohammed membuka jaringan pada minit ke-38 dari kawasan penalti sebelum ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-41, kata AFC seperti yang dipetik daripada laman web mereka; www.the-afc.com.

Amjed Radhi menambah jaringan Arbil dengan satu lagi tendangan penalti pada minit ke-51 sebelum Luay Salah menjaringkan gol pada minit ke-66 dan diperkukuhkan dengan dua jaringan oleh pemain gantian Salih Sadeer pada minit ke-72 dan sebelum tiupan wisel penamat permainan memastikan pasukan Iraq melangkah keluar padang dengan kemenangan meyakinkan.

“Secara jujur, kami tidak layak menerima kekalahan teruk ini dan kami mungkin dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi kami gagal merebut peluang yang ada,” kata Hodak.

“Semua pemain keletihan dan terjejas dengan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih daripada 30 jam. Kami juga kehilangan lima pemain utama yang tidak datang bersama kami ke Arbil atas pelbagai sebab,” katanya.

Walaupun keputusannya mungkin sudah berlalu bagi juara liga Super itu, jurulatih dari Croatia itu masih tidak berputus asa.

“Kita akan mndapatkan kembali beberapa pemain dalam pusingan kedua dan diharapkan kami akan mendapat keputusan yang baik,” katanya.

“Dalam bola sepak tidak ada yang mustahil dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam pusingan kedua minggu depan. Kami berharap dapat mengalahkan Arbil walaupun saya percaya mereka adalah favourite untuk memenangi kejuaraan tahun ini,” katanya.

Kelantan akan bertemu kelab Iraq itu bagi perlawanan pusingan kedua yang dijadual pada 25 Sept di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu sama ada Chonburi FC dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria dalam pertemuan separuh akhir yang dijadual pada 2 dan 23 Okt. – Bernama

Petikan dari Klate.Net

Perlawanan yang berlansung pada 18 september 2012 ini telah di siarkan secara lansung oleh RTM1.Terima kasih RTM1.Pada awalnya ternyata semua agak berdebar bila meyaksikan perlawanan ini.Tetapi separuh masa pertama ternyata melegakan dan nampaknya pasukan Arbil seolah-olah masih mencari rentak.kedudukan 1-1 adalah melegakan.Kelantan bermain dengan formasi 4-5-1.Ternyata formasi ini dapat mengimbangi permainan .Ternyata beberapa pemain terpaksa bermain di posisi berlainan kerana kekurangan pemain dan hanya ini sahajalah pemain yang boleh di bawa ke Arbil kali ini.Rata-rata penyokong mengharapkan Kelantan dapat membawa keputusan seri untuk aksi timbal balaik kedua yang akan berlansung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada 25 September ini nanti.

apabila bermulanya separuh masa kedua.Kelantan ternyata tidak dapat mebgimbangi lagi serangan dari Arbil dan apabila Nik Shahrul Azim di keluarkan kerana kecederaan bermulalah episod duka pasukan.Kelantan mudah di bolosi satu demi satu gol.Azlan yang masuk ternyata gagal berfungsi dengan baik dan peluang umtuk merapatkan jurang di persiakan oleh Afiq.Pemain Kelantan sudah tidak bermaya lagi dengan asakan bertali arus dari Arbil ini.Walaupun tewas dengan jurang 4 gol.Kelantan perlu segera membuat analisa dan mencari pemain yang boleh bermain dengan lebih dari 100%.Kemungkinan Arbil juga akan kepenatan sebagaimana kita terpaksa harungi perjalanan yang memakan masa 30 jam.kita berharap Kelantan mampu bangkit sekurang-kurangnya merapatkan jurang dan mengelak dari di bolosi pada saingan kedua di kota Bharu.This is Kota Bhari Arbil.all of u will get a suprise from us.Be Aware!!!!!!
 Walaupun harapan hanya tinggal harapan hanya semangat perjuangan pemain yang boleh memberi sedikit harapan.Kita tunjukkan semangat Pahlawan Merah Kepada Arbil supaya kelab yang bakal bermain dengan Piala AFC tahun hadapan akan goyah bila sebut nama Kelantan dan Home ground.Apa pun kita percaya yang Kelantan tidak akan mudah menyerah dan akan tunjukkan siapa The Red Worriors sebenarnya.Aksi kedua ini juga di khabarkan akan di siarkan secara lansung di RTM1 dan info ini di perolehi dari Nurul Fatiha ,isteri Shakir.Terima Kasih RTM1.Kerana masih percaya wakil Malaysia ini mampu melakukan sesuatu di Kota Bharu.We believe what we trust....Apa pun Kelantan memerlukan sokongan padu dari pemain ke12 Kelantan.dengan scoreboard baru yang bakal di rasmikan di gunakan buat pertama kali pada 25 September ini boleh memberi satu roh baru kepada Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Semoga Kelantan berjaya membuat suprise party untuk Arbil.Satu langkah untuk menuju ke Sejarah Malaysia dan satu langkah untuk mencapai impian.

Go For More!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment