Thursday 13 September 2012

M'sia beraksi hambar, tewas di tangan Vietnam




Skuad Harimau Malaya tumpas 2-0 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam. 
Pasukan pelawat memperolehi gol pembukaan menerusi Le Cong Vinh di minit ke-32 selepas dia menyambut hantaran lintang rakan dengan melayangkan badan untuk melakukan tandukan kearah gawang Malaysia.
Sejurus kemudian, pasukan negara bertambah kelam kabut dan Faizal Marlias tertewas sekali lagi apabila pemain yang sama bijak melambungkan bola ketika berdepan satu lawan satu. Namun Aidil Zafuan muncul mengeluarkan bola yang bergolek menghampiri garisan gol Malaysia.
Gol kedua Vietnam dihasilkan oleh Phan Thanh Hung di minit ke-48, apabila dia membuat sentuhan mudah selepas menerima hantaran rakan.
"Kita tidak bermula dengan agresif berbanding Vietnam. Kita juga banyak bagi ruang kepada mereka. Kedua-dua gol adalah jaringan mudah. Bagaimanapun, saya nampak ada perubahan selepas melakukan pertukaran di babak kedua.
"Saya harus memberi peluang kepada pemain muda, jadi saya dapat menilai pemain mana yang boleh dikekalkan nanti.
"Kekalahan ini dianggap sebagai pengajaran yang bagus. Saya masih ada keyakinan kepada pemain. Saya nampak siapa yang ada karakter dan mampu menyumbang kepada pasukan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebaik tamat perlawanan.
Sejak diawal permainan, Malaysia beraksi hambar dan Vietnam jelas menguasai permainan dengan kerap melakukan hantaran-hantaran pendek. Mereka juga dilihat lebih serius dalam melakukan serangan ataupun ketika bertahan. Usaha keras barisan pertahanan Vietnam mengakibatkan Malaysia kerap kehilangan bola sebelum memasuki kubu Vietnam.
Seawal minit keempat, Faizal sudah diuji selepas dia menyelamatkan rembatan yang tidak disangka-sangka muncul kearah gawang Malaysia.
Di minit ke-23, Norshahrul Idlan menerima hantaran baik daripada Bunyamin, sebelum dia sempat melakukan lambungan kearah gawang lawan, namun ia sedikit tersasar.
Di penghujung separuh masa pertama, Malaysia dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti Vietnam, namun sepakan Aidil terkena benteng lawan.
Safee Sali yang kemarau gol sejak November tahun lalu hanya memanaskan bangku simpanan sahaja di separuh masa pertama. Kemasukannya di babak kedua sedikit sebanyak mengucar kacirkan pertahanan lawan dengan kerap melakukan percubaan.
Di minit ke-61, Safee muncul melakukan tandukan, bagaimanapun ia lemah untuk menewaskan penjaga gol lawan. Di minit ke-66, Baddrol Bakhtiar pula melakukan rembatan kaki kiri, namun ia sedikit tersasar melewati palang gol.
Kebuntuan gol pasukan negara berlanjutan sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan Vietnam 2 Malaysia 0

Petikan Dari Astro Arena

Datuk Rajagopal cakap"kalah tak apa,Ini buat wake up pada pemain".Kawe rasa dah hampir 80 pemain Datuk Raja kita buat experimen.Tetapi yang tak seronok malam tadi kita gagal menembusi pertahanan Vietnam.Aidil Zafuan cakap tak apa kita kalah masa ni dari kalah semasa kejohanan nanti.Dari 80 pemain nama Mohd Badri Radzi tak ada pun.Kenapa Rajgopal tak mahu megambil semua player untuk 1st eleven dari kalangan Pemain dari liga Super.Sepatutnya pemain dari liga super perlu bermain awal sebab mereka dah biasa bermain dengan  permainan lebih pantas dari liga perdana.Jurang terlalu jauh dan untuk kelas A yang melibatkan ranking percaturan juruatih pula yang tak kena.Dari segi pemilihan dan juga dari segi tektikal.Pergerakkan pemain terlalu perlahan dan kegagalan membaca pergerakkan pemainan lawan itulah yang membuatkan kita tewas.SNBJ sepatutnya di kekalkan rekod tanpa kalah pada pasukan asia tenggara.tapi tertewasnya kita malam tadi membuatkan benteng SNBJ menjadi rapuh dan di harapkan aura tanpa kalah akan di kekalkan oleh Rajagopal.Kita tunggu persembahan pasukan negara kita untuk perlawanan persahabatan yang akan datang.

GOMO MALAYSIA GOMO!!!!!!


 

No comments:

Post a Comment