Tuesday 11 September 2012

Piala AFC: Kelantan Gagal Daftar Dua Import




KOTA BHARU – Kelantan selaku wakil tunggal negara pada Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) dirundung malang apabila gagal mendaftarkan dua tonggak import baru mereka, Mijo Dadic dan menjelang suku akhir menentang kelab Iraq, Arbil FC pada 18 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, masalah tersebut berlaku apabila kedua-dua pemain terbabit gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut beliau, kedua-dua pemain itu juga gagal mendapat pengesahan daripada Transfer Matching System (TMS).

“Keadaan bertambah rumit apabila TMS yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dua kali setahun iaitu pada November dan April.

“Perkara tersebut sama sekali tidak selari dengan tempoh pendaftaran baru sebagaimana diperuntukan di bawah peraturan AFC,” katanya di sini semalam.

Juara Liga Super 2012 itu memutuskan untuk mengambil dua pemain tersebut bagi memperkuatkan cabaran mengharungi saingan suku akhir Piala AFC.

Kemasukan dua tonggak tersebut memberikan lebih banyak peluang kepada pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menyediakan ramuan terbaik dalam mengharungi saingan tersebut.

Annuar memberitahu, masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya FAM dan AFC mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.

“Apa yang berlaku kita hanya tahu layak ke pusingan suku akhir pada bulan Jun. TMS pusingan kedua untuk Malaysia dibuka pada bulan April.

“Peraturan AFC, apabila kita layak ke pusingan suku akhir dibenarkan membuat pendaftaran pemain baharu. Jadi, bila kita hendak gunakan kelebihan tersebut, ia telah ditutup,” ujarnya.

Petikan dari Klate.Net

Masalah yang di hadapi Oleh Kelantan adalah dari kesilapan Pengurusan FAM yang tidak tahu meletakkan bila masa yang sesuai untuk membeli pemain import.Sebab itulah apa yang ada di liga kita masih belum ada pemain import yang benar-benar berkualiti.Harap Kelantan akan terus mara walaupun masalah ini menghantui pengurusan.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!! 


No comments:

Post a Comment