Wednesday 5 September 2012

Kelantan tetap berpeluang walau seri dengan Kedah

Seri dengan Kedah, Kelantan masih peluang ke suku akhir
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
4 September 2012

PERTEMBUNGAN kelima Kumpulan B, antara Kedah dengan Kelantan nyata sengit apabila berakhir dengan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Kegagalan jentera penyudah kedua-dua pasukan menyempurnakan peluang terhidang di depan gawang gol nyata menghampakan peminat kedua-dua pasukan.
Walaupun dengan keputusan tersebut, Kelantan tetap berpeluang menempah slot ke suku akhir apabila meraih lapan mata di belakang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengumpul 10 mata di Kumpulan B.
Kedah yang gagal memanfaatkan beraksi di gelanggang sendiri terpaksa akur apabila tersingkir merebut slot suku akhir.
Pada perlawanan terakhir, Kedah akan menentang ATM.
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat mengamalkan corak permainan berhati hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.
Kedah yang beraksi dengan penuh semangat selepas seri dengan Terengganu Sabtu lalu dilihat mengatasi Kelantan namun sepakan percuma pada minit ke-39 yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar yang tertampan benteng pasukan lawan sebelum terbias dan terkena tiang gol Kelantan dan bola berjaya dikeluarkan Obinna Nwaneri.
Kelantan turut mempunyai peluang menjaringkan gol, namun gagal disudahkan oleh penyerang Kelantan yang diterajui Norshahrul Idhlan Taala, Mohd Afiq Azmi dan Indra Putra Mahyuddin.
Bermula babak kedua perlawanan, kedua pasukan dilihat tetap mengamalkan corak bertahan dengan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang dengan sesekali gerakan menyerang dilancarakan kedua-dua pasukan.
Peluang keemasan pada minit ke-66 yang gagal disempurnakan Vedran Grec ketika berhadapan dengan Khairul Fahmi Che Mat membuatkan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.

PIALA MALAYSIA 2012 - Kumpulan B

ATM 10 mata, 10/6 jaringan
KELANTAN 8 mata, 7/7 jaringan
KEDAH 5 mata, 4/6 jaringan
TERENGGANU 4 mata, 5/7 jaringan

Tanpa bergantung kepada keputusan perlawanan ATM dan Kedah pada 14 September ini, Kelantan perlu sekurang-kurangnya SERI dalam perlawanan terakhir menentang Terengganu untuk mara ke sukur akhir.
MENANG adalah bonus.
Amierul Hisham, TRW Bullen
 Petikan dari News Gegar.My
 Alhamdullilah seri semalam.malam tadi kita tengok player memang macam kepenatan.Aksi Afiq juga semalam macam lemah dan Mat Yo juga sukar melepasi pertahanan Kedah.Tak banyak dapat di ulaskan pada perlawanan semalam tapi pertahanan kita sudah kembali pulih dengan tiada bolos malam tadi.Bagi menentang Terengganu di SSMIV pada 14 september ini di harapkan pemain-pemain dapat rehat secukupnya dan lembalikan prstasi sebenar menjelang Suku Akhir nanti.Dan tiada lagi rest games semasa permainan dan kita ken tunjukkan yang kita adalah Worriors sebenar di dalam padang.Malam tadi Tektikal coatia kerana dua-duanya jurulatih croatia.Sebab tu kita ada masalah untuk menjaringkan gol.

Komen Tan Sri Anuar Musa:
Ternyata TRW KEPENATAN SELEPAS 90 minit menentang ATM DI PADANG YG LEMBAB 1HB LALU..MALAM NI PERMAINAN SANGAT TERJEJAS..malah kita terpaksa bertahan..NASIB BAIK KEDAH JUGA KURANG BAIK MLM NI..mujurlah ada break 10 hari sebelum bertemu tganu(YG TELAH PUN TERSINGKIR)...APA PUN KITA PERTINGKATKAN LAGI PRESTASI KITA INSYAALLAH

Info terbaru dari TS:
INTERNATIONAL FRIENDLY-KELANTAN AFC CUP VS BRUNEI SUZUKI CUP...HARI SABTU 8/9/12 8.45 MLM STADIUM SULTAN MUHAMAD IV KB..TIKET TIKET PADA HARGA RM5&RM10 SAHAJA....
Insyaallah ,kawe braso ringan doh kaki nak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil.( Gurau jah) Apa pun kita tetap kena fokus pada setiap perlawanan yang akan datang.Suku akhir ada timbal balik dan gunakanlah peluanag yang ada untuk menjadikan 2012 adalah tahun Paling cemerlang TRW.Tribles!!!! 
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment