Kelab Terbaik : Selangor PKNS FC
FA Terbaik : Selangor FA
Pemain Harapan : Wan Zack Haikal - HMA
Jurulatih Terbaik : Irfan Bakti Mohd Salim - TER
Penyerang Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha - KEL
Midfield Terbaik : Safiq Rahim - SEL
Defender Terbaik : NorHafiz Zamani Misbah - NS
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat - KEL
Pemain Paling Bernilai Supermokh : Norshahrul Idlan Talaha - KEL
KECEWA MATYO TERUBAT
Kekecewaan Norshahrul Idlan Talaha yang gagal memenangi kasut emas 2011 akhirnya terubat selepas berjaya meraih dua gelaran dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Supermokh.Norshahrul Idlan Talaha yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada tahun lepas sekali lagi membuktikan beliau adalah pemain paling bernilai buat 2 tahun berturut turut selepas berjaya membantu Kelantan meraih Juara Piala Sumbangsih 2011 dan Juara Liga Super 2011 selain membantu Kelantan muncul naib juara Piala FA 2011.
Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh ini dinilai berdasarkan persembahan dan sumbangan mereka dalam liga domestik serta penglibatan di peringkat antarabangsa dan dipilih oleh jurulatih tempatan sebagai juri utama.
Untuk rekod Norshahrul berjaya menjaringkan 19 gol dalam Liga Super 2011 dan tidak hairanlah mengapa beliau terpilih memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai tahun ini.
Tahniah buat Norshahrul Idlan Talaha dan semoga dengan kejayaan ini dapat terus membantu Kelantan meraih Piala bagi musim 2012 dan kekalkan dengan imej bersih.Tiada kontroversi Tiada tekanan.










Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim) Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya. Hukum mengeratkan silaturrahim Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat di bawah ini: Tafsirnya: “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1) Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: وَمَنْ َ كا َ ن يُؤْمِنُ ِباللهِ وَاْليَوِْم الآخِِر َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ. (رواه البخاري



































