Saturday 3 December 2011

FAKTA: SEORANG REMAJA BERNAMA WAN ZAHARUL NIZAM

Pemain muda yang kini sudah menempa nama dengan skuad Harimau Muda A. Perjalanan Kecik boleh dikatakan begitu cepat dan pantas.

Dari seorang pemain yang hanya bermain di kampung dan terpilih menyertai skuad muda Presiden Kelantan, Kecik tampil dengan corak permainan begitu menawan sehingga menarik perhatian banyak pihak di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Wan Zaharul mempunyai skill menggelecek menarik dan ada pakej menjadi bintang di Malaysia pada masa depan. Kekurangan pemain ini ialah berbadan kecil tetapi mempunyai larian pantas bila mendapat bola.

Ketika berada dalam skuad Presiden, nama Wan Zaharul Nizam anak kelahiran Tumpat menjadi hangat kerana akan menjadi salah seorang pemain yang akan dibawa naik kedalam pasukan senior oleh ketua jurulatih. Rezeki sememangnya berpihak kepada Wan Zaharul Nizam apabila perlawanan pertama dengan Kelantan ketika melawan Kedah dihadiri Datuk K. Rajagobal dan selepas bermain selama 20 minit, dia terus diminta melaporkan diri untuk pasukan Harimau Muda.

Ya, hanya dalam 20 minit, Datuk K tertarik untuk memberikan satu tempat kepada Wan Zaharul bersama pasukan negara. Sehinggalah kini, dia antara nama yang diberikan peranan bersama skuad muda dan senior Malaysia ke pentas antarabangsa....Sumber http://www.facebook.com/pages/KELANTAN-The-Red-Warriors-Official

No comments:

Post a Comment