Sunday 11 December 2011

TRW Semakin Mantap dan Menghiburkan.

Taktikal Peter James Butler pada separuh masa pertama perlawanan pra musim melawan T-Team FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu begitu mantap dan menghiburkan semua penyokong yang hadir.


Rata-rata penyokong yang berada di stadium juga turut memuji barisan pemain yang diturunkan Butler merupakan barisan termantap The Red Warriors selepas tiga tahun bersaing di peringkat tertinggi.

Apa tidaknya, deretan serangan pantas, pergerakan pemain barisan depan begitu variasi selain kekebalan benteng menyerap asakan pelawat memberikan Sang Kijang kemenangan 2-0.

Biarpun terlepas banyak peluang melakukan jaringan, ia langsung tidak menjadi permasalahan kerana masih boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Paling membanggakan, selepas satu tahun akhirnya Butler dapat menerapkan kembali taktikal kepada pemain agar lebih merbahaya melalui situasi bola mati seperti sepakan sudut yang kelihatan sudah kehilangan bisa pada dua musim terdahulu.

Kawalan bola, kelajuan, skill individu menarik dan paling utama, sikap positif yang ditampilkan sepanjang 45 minit separuh masa serta 15 minit masa kedua memberikan satu sistem menarik untuk dikekalkan sehingga penghujung musim 2012.

Tidak mustahil, Sang Kijang mampu melangkah lebih jauh serta menepati sasaran awal pihak pengurusan pada musim depan jika mereka dapat mengekalkan disiplin seperti yang dimahukan ketua jurulatih. -RedsfcNews- 

Inilah yang kita mahukan dari Team kesayangan kita.Semoga kita akan bertambah koleksi dan dapat mencapai sasaran 4 Piala 2012.


No comments:

Post a Comment