Sunday 25 December 2011

Pemain Kena Kuatkan Mental : Azman


   Akui berhadapan tekanan di Surabaya, mahu jentera serangan kembali berbisa
KOTA BHARU – “Pemain Kelantan perlu mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi tekanan’ Demikian pandangan yang dilontarkan oleh Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim menjelang aksi perlawanan timbal balas bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia – Indonesia (Permai) di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada Rabu ini.
Mengakui bukan mudah berhadapan puluhan ribu penyokong Persebaya FC dalam perlawanan kedua itu, Azman menjelaskan semua pemain Kelantan seharusnya mempunyai kekuatan mental bagi menyerap segala tekanan dalam aksi sepanjang 90 minit perlawanan itu berlangsung.
“Kita mempunyai pengalaman bermain di Bandung pada tahun 2008. Saya tahu betapa fanatiknya penyokong mereka dan tidak terkecuali juga di Surabaya. Namun saya berharap penyokong di sana menganggap ini satu perlawanan persahabatan yang baik untuk kedua-dua pasukan.
“Bukan mudah bagi kita apabila beraksi di Surabaya. Namun saya percaya dalam perlawanan kedua itu, kedua-dua bakal menampilkan corak permainan yang seimbang. Tambahan pula kita akan kembali beraksi seperti biasa dengan 11 pemain dan bukan sembilan pemain seperti perlawanan pertama ini,” katanya dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir, malam semalam.
Dalam perlawanan pertama itu, Kelantan sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan juara daripada Liga Premier Indonesia (IPL). Gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada m-61 sementara gol penyamaan Persebaya FC dijaringkan oleh Andik Vermansyah lima minit sebelum perlawanan berakhir.
Mengulas mengenai persembahan pemain Kelantan dalam perlawanan tersebut, Azman ternyata kurang gembira dengan prestasi yang ditonjolkan oleh jentera penyudah yang diketuai oleh penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar.
“Kalau diikutkan memanglah kita berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 kerana beraksi dengan sembilan pemain. Kita mempunyai banyak peluang terutamanya pada babak pertama tetapi dipersiakan. Mohammed Ghaddar jelas mempunyai tiga peluang terbaik namun gagal diterjermahkan dalam bentuk jaringan.
“Kelemahan lain yang telah dikenalpasti dalam perlawanan tersebut ialah kurang keserasian dalam kalangan pemain. Malah saya lihat pemain kita seolah-olah beraksi dalam keadaan tertekan pula dalam perlawanan ini.
“Alhamdulillah, apabila Mohd Shakir (Shaari) dan Muhd Badhri (Radzi) dimasukkan kita melihat rentak permainan Kelantan mula berubah dan menunjukkan peningkatan yang positif. Bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati dan kelemahan tersebut perlu diatasi segera menjelang pertemuan kedua di Surabaya pada Rabu ini,” katanya.

Petikan dari KELATE.net
Pemain macam berdebar dan tak relax . .cuma selepas Shaki dan Piya masuk baru jadi lain games.Ghaddar dengan Matyo kena cepat settle down masalah antara mereka . .Persefahaman.GO FOR MORE!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment