Monday 26 December 2011

PERSEBAYA LAWAN KELANTAN ..PIALA UNITY

Milik siapa Piala Unity ini.Persebaya atau Kelantan? Ini lah yang kita tengah berdebar menunggu keputusan perlawanan yang akan berlansung pada 28 haribulan ni.Kelantan di lihat bergelombang dengan maslaah Striker yang masih belum serasi dan Persebaya akan berhabis-habisan pada perlawanan ini.Jadi kita cuma berharap kombinasi dan pemain yang akn di turunkan mampu membuahkan gol yang lebih baik.Dari segi tektikal pemainan kita dah nampak cara kita bermain banyak berubah.Emosi adalah kunci utama kita dan pemain-pemian perlu mengawal emosi dan memberikan fokus 100% pada perlawanan ini.Alang-alang dah ke surabaya pemain perlu sedar kita ada penyokong yang menagih setiap perlawanan adalah yang terbaik dan menarik.Pemain perlu sedar mereka sekarang di perhatikan malah di komen setiap aksi dan kelakuan.Penyokong kita mahukan aksi terbaik dari semua pemain.Rotation player yang di gunakan butler memberi sedikit kekeliruan antara penyokong.Mungkin penyokong juga memerlukan masa untuk faham akan strategi baru butler ini.Bukan senang nak susun player berdasarkan prestasi dan keperluan semasa perlawanan.
 Persebaya sudah mengeluarkan kenyataan dan mereka nak baham kita 3-0? cakap boleh lah kan.Kawe bukan nak marah tapi agak-2 lah Kelantan main 9 pemain boleh main kemah lagi dan Persebaya bernasib baik sebab kesilapan serangan kita,mereka membuat counter attack dan berjaya menyamakan kedudukan.
Striker kita gandingan Mayto,Ghaddar dan Antwi memerlukan sedikit masa lagi.Insyaallah merekan akan menjadi gandingan terbaik.Ghaddar perlu menfaatkan peluang yang ada dan jangan terlalu lama memegang bola dan perlu mencari gandingannya setiap kali ada ruang dan peluang.Kawe rasa kalau kita bermain baik kita dapat 3 atau 4 gol sudah cukup untuk memberi keyakinan dan aura untuk mereka bertiga menjadi peledak utama kita untuk musim baru ini.Manakala Trio Midfield yang boleh memberi impact setakat aksi yang di tunjukkan semasa perlawanan dengan persebaya tempoh hari kawe memilih Shakir,Piya dan Zakaria
manakala pertahanan kita akan di isi semula oleh Rizal Fahmi dan mungkin juga Zamri akan di masukkan.Penjaga Gol untuk perlawanan ini kawe jangkakan Apek akan mengambil semula tempatnya.Apa pun kawe akan keluarkan lane up pilihan kawe esok . .Ini pandangan peribadi bukan di ambil dari mana-mana sunber.Apa yang di lihat,apa yang di perhati kawe terjemahkan dalam Blog ini.Insyaallah kita akan bawa pulang Piala Unity ini . ..Bersama lah kita berdoa agar Kelantan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada benua . .GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment