Saturday 24 December 2011

Kelantan 1 VS 1 Persebaya FC

Perlawananan malam tadi di mulakan dengan formasi 4-3-3 dari jurulatih Peter James Butler.Ramai Penyokong menjangkakan shakir akan turun dahulu tapi kita terlupa yang ini adalah Percubaan lane up AFC.Kawe mengjangkakan Apek,Shakir dan Zakaria di turunkan awal tapi sebaliknya jurulatih kita memilih Emmanuel Okine dan Indra untuk mengisi 2 slok bahagian tengah dan Syazwan untuk posisi penjaga Gol.3 posisi ini memang susah untuk di jangkakan.3 pemain import yang di gunakan memang dah kawe jangkakan.
Permainan tektikal Butler memang menarik dengan di mulakan dengan gerakkan hantaran pendek dari bawah dan one touch football.Pemain nampak agak relax dan senang untuk bergerak.Seolah-olah kita tengok Barcelona bermain.Matyo banyak bergerak kekiri dan kanan untuk mengambil bola dan menyusun strategi.Cantik dan kemas Matyo malam tadi.Masalah komunikasi memang mendatangkan masalah kepada Matyo untuk bermain dengan Ghaddar.Ghaddar juga di jaga dengan begitu rapi dan tidak kurang 4 pertahanan yang mengawalnya.Short passes dan Long pass memang sedap kita tengok.Cuma pemain kita perlukan banyak lagi perlawanan untuk menguasai 100% strategi Butler.Matyo memakai lilitan kapten malam tadi.Banyak peluang yang di perolehi oleh Ghaddar hasil gerakkan Matyo dan Farhan tapi Ghaddar gagal menterjemahkan dengan jaringan.Sepatutnya searuh masa pertama kita sudah memperolehi sekurang-kurangnya 2 gol.Pada minit ke 35 Azizi di layangkan kad merah kerana menampar pemain Persebaya dan ini tidak seharusnya terjadi.Kerana emosi dan semangat membuatkan pemain melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya di lakukan.Barisan pertahanan kita nampak sedikit goyang di bahagian Aziz.Mungkin dia masih lagi tidak dapat menunjukkan prestasi beliau.Coach mengeluarkan Antwi dan memasukkan Shakir dan mengeluarkan Emmeniuel Okine dan memasukkan Shahrul Azim.emmenuel di lihat mengalami kecederaan di harapkan dia tidak menghadapi maslah yang serius.
 Separuh masa kedua kita bermula dengan 10 pemain dan ada bebrapa percubaan menarik tetapi masih gagal menjaringkan gol.Sepakkan percuma Indra nyaris-nyaris membuahkan hasil tapi dapat di selamatkan oleh penjaga gol Persebaya.Persebaya jarang melakukan percubaan tetapi sekali sekala mendatangkan bahaya.memang mereka mahukan keputusan seri di sini sebelum timbal balik di Gelora bon karno pada 28 nanti.Pada minit ke 60 hasil gerkkan bijak Farhan dan membuka ruang untuk indra menjaringkan gol.tapi kegembiraan kita tidak lama selepas itu Shahrul Azim di layangkan kad kuning ke-2 dan kad merah pada minit ke 69 hasil terjahan keras.Tempoh akhir perlawanan pada minit ke 70 Matyo di keluarkan dan Piya masuk bersama lilitan kapten di lengannya.Farhan di keluarkan dan Zakaria Charara di masukkan.Walaupun bermain 9 pemain kita menguasai serangan dan dan 3 peluang Ghaddar juga tidak membuahkan gol.Pada minit ke 85 Andik yang begitu lincah melepaskan rembatan dan menewaskan penjaga gol kita syazwan.Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
 Semasa pasukan kita bermain 9 orang kita masih mampu memberikan persembahan terbaik dengan gamdingan kapten kita Piya dan Zakaria.Rasanya sesiapa pun pasti teruja dengan persembahan Piya dan Zakaria.Mereka nampak serasi bersama.Untuk barisan Modfield kawe lebih tertatik dengan Piya ,zakaria dan Farhan.Memainkan peranan dan sentiasa mengejutkan lawan.Di harap juga kecederaan Emmanuel Okine tidak serius mana dan dapat recover secepat mungkin.Overall Kita bermain di bawah Par 60%.

 Kelantan dan Persebaya FC di nobatkan juara bersama untuk Piala Permai dan untuk Piala Unity away game akan menentukannya.
Kawe mengjangkakan sesuatu yang menarik akan di lakukan oleh butler di samping kembalinya Tan Sri Anuar Musa dari Jepun dan pastinya akan ada sesuatu yang akan di lakukan.Apa Pun Go FOr More  . . .

No comments:

Post a Comment