Tuesday 27 December 2011

Lane Up Persebaya VS Kelantan

Pertemuan timbal balik antara Juara Liga Indonesia dan Kelantan akan berlansung esok. Perlawanan adalah pada jam 9.00 Malam waktu Malaysia.LIVE ASTRO ARENA.Kita pastinya akan ke sana untuk mencapai kejuaraan.Walaupun ianya hanya satu Piala Perpaduan tapi kita kena jaga martabat kita sebagai Juara Liga Super Malaysia.Insyaallah dengan Doa dan Persediaan yang telah di buat ...Kita akan membawa kejayaan.Kepada semua penyokong dan rakyat Kelantan..Berdoalah semoga team kesayangan kita mencapai kejayaan..Amin...
  Bermain di tempat lawan dan penentuannya di tempat lawan.Jurulatih Persebaya nak kan 3 gol dan kita pastinya akan turun dengan skuad terkuat.Pada Dasarnya kita sudah kehilangan Azizi dan Nik Shahrul Azim akibat Kad Merah.Jadi siapa bakal mengisi tempat mereka berdua? Adakah Apek akan menjadi taruhan terakhir pasukan kita?Adakah Piya akan bermula awal? Menjadikah Ghaddar?

Dari pertemuan pertama dan perlawanan persahabatan dengan KLFA.Kawe mengambil lane up ini sebagai keutamaan yang akan beraksi awal.Indra sudah membuka jaringan,begitu juga dengan Piya dan Antwi.Apek kawe pilih sebagai pertahanan terakhir kita pada perlawanan esok kerana kita perlukan Apek untuk memadamkan impian 3 gol Persebaya.Rizal Fahmi kemungkinan akan mengambil tempatnya dan Subra akan sedikit ke kiri.Aziz atau Zamri Ramli? Kawe masih mahu Aziz mengisi slot pertahanan kiri walaupun ada sedikit perbezaan antara keduanya.Daudsu akan terus bermain di sebelah kanan seperti biasa,cuma Daudsu perlu lebih berhati-hati semasa overlapping kerana sebarang kesilapan akan mengundang padah.Shakir di perlukan bagi Defensif midfielder.Piya kawe boleh katakan dia masih arkitek terbaik yang kita miliki dan tanggunjawab kapten kawe akan terus berikan padanya kerana dia mampu memimpim dan bekerja dengan baik walaupun mempunyai rantaian antara attacking dan defensif

.mungkin tugas defensif banyak ke arah Shakir dan Matyo mungkin akan ke tempat Piya dan Antwi mungkin akan mengambil tempat Matyo.Indra mungkin sudah serasi dengan Farhan tetapi kita masih menagih sekurang-kurangnya 1 gol dapat di berikan oleh Indra.Matyo akan ke kiri  serta berada di tengah semasa attacking tetapi di harapkan Mat Ghaddar akan menemui sentuhannya setidak-tidaknya 1 gol.Mungkin Matyo boleh mnyumbangkan 1 atau 2 gol jika bermain baik antara 3 serangkai..

kita boleh mengubah keputusan dan kita perlu mencari 1 gol awal terlebih dahulu dan selepas tu kita akan cuba menambah sebanyak mungkin gol dan kita dah tidak perlu memikirkan pasal Perpaduan semasa Permainan dan perlu lebih berhati-hati semasa membuat terjahan.Indra kadang-kadang boleh menjadikan kita masalah dan ada juga kelebihan dia.Umur mungkin membuatkan Indra banyak ke arah attacking.Di Harap Ghaddar menjadi malam esok.
  Butler mungkin akan menggunakankan Formasi 4-4-2 dan 4-5-1 serta mengharapkan banyak jaringan dapat di perolehi dan tanpa sebarang bolos.Mungkin semasa menyerang kita akan ada 6 ataccking dan semasa bertahan seramai 7 pemain.DO THE BEST MY WORRIORS . . .GO FOR MORE!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment