Tuesday 6 December 2011

Piala AFC 2012 : Kelantan Dalam Kumpulan H

Juara Liga Super Malaysia 2011, Kelantan diundi dalam kumpulan H untuk saingan Piala AFC pada musim depan.
 Undian yang dilakukan di Rumah AFC di Kuala Lumpur turut menyatakan satu lagi wakil Malaysia, Terengganu layak automatik selepas dua pasukan dari Indonesia dan China menarik diri dari menyertai Piala AFC.

Bersama Kelantan dalam kumpulan ialah Ayeyawady United, Navibank Saigon dan Arema Indonesia.

Ayeyawady United merupakan naib juara Liga Myammar di belakang Yangon United manakala Navibank Saigon FC turut layak ke AFC kerana muncul juara Piala Vietnam pada musim ini. Arema Indonesia pula merupakan naib johan Liga Super Indonesia pada tahun ini.

Menurut AFC, kejohanan peringkat kumpulan bagi kesemua perlawanan untuk pasukan yang bertanding pada kali ini akan bermula pada bulan Mac 2012. -RedsfcNews- 


 

No comments:

Post a Comment