Thursday 22 December 2011

"Selamat Datang Ke Kota Bharu-Persebaya"

Menjelang sepak mula Piala Unity perlawanan diantara Kelantan menentang Persebaya 23 Disember ini, pasukan Persebaya dijangka akan tiba di Kota Bharu hari ini. Melihat pada perkembangan semasa, perlawanan ini tidak dipandang mudah oleh ketua jurulatih Kelantan Peter Butler yang bertekad akan menguji kesemua pemain utama mereka dan akan memastikan Kelantan membawa bekal selesa untuk perlawanan timbal balik di Surabaya nanti.
Begitu juga ketua jurulatih Persebaya Divaldo Alves Berargumen dikhabarkan akan turut membawa bersamanya pemain yang dikatakan mirip Xavi Hernandez iaitu Otavia Dutra pemain import dari Brazil yang masih belum mendapatkan kelulusan PSSI untuk beraksi pada 2012 nanti dan kesemua 16 pemain yang masih belum serta yang sudah menandatangani kontrak 2012 ke Kota Bharu hari ini. Persebaya mengesahkan tidak akan membawa Rendi Irwan, Feri Ariawan dan penjaga gol utama Dimas Galih kerana masalah passport dan imigresen. "Meski ITC belum kelar, Dutra tetap diboyong ke Kota Bharu dalam rangka pertandingan persahabatan lawan Kelantan FA, juara Malaysia Super League. "Tidak masalah, kan itu laga uji coba, jadi no problem," jelas Divaldo. (bas)
Ketibaan mereka nanti akan disambut oleh wakil KAFA dan akan diberi layanan istimewa selaku tetamu antarabangsa KAFA. Perkembangan ini cukup menarik sebagai aura permulaan untuk Kelantan lebih dikenali di peringkat asia nanti.
Walau siapa pun pemain yang dibawa, Kelantan tetap akan memberi saingan sengit kepada lawan yang julung kali bertemu ini. GOMO TETAP GOMO....GOMO KELATE GOMO

Berikut adalah 16 pemain yang Di Senarai untuk penerbangan ke Malaysia:

Penjaga Gol: Dedi Iman

Pertahanan:Otavio Dutra, Revalino Ardiles, Khomad Suharto, Nur Fasta, Erol Iba, Mat Halil, Aulia Ardli

Tengah:Jusmadi, Taufiq, Amaral, Ryan Wahyu, Edi Gunawan, Andik Vermansyah

Penyerang:Miko Ardianto, Andrew Barisic
Jadual Perjalanan:
21/12/2011
12.50 petang -Tiba di LCCT Sepang
5.50 petang - Berlepas dari LCCT ke Kota Bharu
24/12/2011
11.45 pagi - berlepas ke  LCCT
4.15 petang - Berlepas dari LCCT Ke Surabaya

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo!!!petikan dari Laman Rasmi KAFA
 

No comments:

Post a Comment