Tuesday 20 December 2011

KHAIRUL FAHMI DAN KELANTAN FA TERPILIH DALAM BINTANG SUKAN

HARIAN METRO, akhbar nombor satu negara kini mencari Bintang Sukan yang meraih pencapaian terunggul sepanjang 2011 menerusi laman web www.hmetro.com.my/myMetro/Khas/bintangsukan.
Sebanyak enam kategori diketengahkan iaitu Atlet Lelaki, Atlet Wanita, Atlet Antarabangsa, Pasukan Malaysia, Pasukan Antarabangsa dan Sukan Pilihan, dan apa yang pasti pembaca akhbar ini menunjukkan minat tersendiri terhadap atlet pujaan mereka.
Kategori Atlet Lelaki ketika ini diungguli penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat diikuti rakan sepasukannya di Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar malah penguasaan pemain bola sepak ‘menenggelamkan’ kehebatan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain badminton nombor satu dunia.
Datuk Nicol David yang menjulang enam kejohanan Terbuka Dunia menerajui Atlet Wanita setakat ini diekori ratu velodrom negara, Fatehah Mustapa dan Leong Mun Yee. Lionel Messi, Christiano Ronaldo dan David Beckham pula menerajui kategori Atlet Antarabangsa.
Meskipun pencapaian Harimau Muda dan Harimau Malaya cukup membanggakan, pasukan Kelantan lebih mencuri perhatian untuk mendahului kategori Pasukan Malaysia setakat ini. Bagi Pasukan Antarabangsa, reputasi Barcelona meletakkan mereka di depan, diikuti Manchester United dan Chelsea.
Anda masih berpeluang mengubah keputusan kerana undian terus dibuka sehingga 23 Disember ini. Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Januari 2012.

Petikan dari KELATE.net

Harap-harap kita akan membolot lagi Anugerah dari sukan di Malaysia sebab tahun depan kita akan cuba untuk bolot peringkat asia plakk.GO FOR MORE!!!!!!!


No comments:

Post a Comment