Thursday 22 December 2011

Penyokong Kelantan Paling Bernilai Dalam Bolasepak Malaysia 2011?


Sebelum 2011 melabuhkan tirainya, satu perkara yang susah atau buat-buat bodoh tidak tahu oleh penggiat  media mahupun FAM akui untuk memberi pengiktirafan kepada penyokong ialah pengiktirafan penyokong paling bernilai. Bukanlah penting sangat pengiktirafan ini tetapi dengan pengiktirafan ini boleh mencabar keutuhan jiwa serta menemplak penyokong pasukan lain dan pendokong media massa yang sering memperlekehkan kemampuan rakyat Kelantan menghabiskan wang ringgit menyaksikan perlawanan pasukan mereka walhal untuk makluman bersama tiket mereka lebih mahal sehingga 20%-50% daripada harga tiket di stadium lain. Pengiktirafan ini boleh dianggap seperti anugerah "Pelajar 100% hadir sekolah", ianya tidak bermakna apa-apa pada umum tetapi ibu bapa serta adik-beradik yang membesarkan mereka kembang jugalah lubang hidung memegang sijili ini atau sekurang-kurangnya mengwujudkan persaingan sihat di kalangan pelajar dan dalam isu ini penyokong itu sendiri.
Disaat pimpinan FAM sibuk meneliti proses pengundian baru-baru ini, pihak TRWC sempat menanyakan kepada tiga orang pegawai atasan FAM (tidak mahu nama didedahkan kerana TRWC media eksklusif KAFA sahaja) yang sedang memimpin tiga pasukan berlainan tentang kenyataan "Penyokong Kelantan Paling Bernilai Dalam Bolasepak Malaysia 2011" adakah benar atau tidak kenyataan ini bagi menutup tahun 2011 dengan penuh yakin dan pengiktirafan kepada seluruh penyokong Kelantan sekaligus sebagai penyuntik semangat kepada seluruh penyokong pasukan lain pada 2012 nanti.
Ketiga-tiga pemimpin atasan FAM bersetuju dengan kenyataan ini, bagi mereka penyokong pasukan mereka lebih bertuah berbanding penyokong Kelantan dari segi kemudahan stadium, harga tiket dan stadium di taja penuh oleh kerajaan negeri tetapi itu semua adalah faktor sementara untuk menarik penyokong ke stadium tanpa rasa terbeban, jika kita mendapat sambutan sehangat penyokong Kelantan, kita juga tidak mahu terlalu bergantung pada subsidi kerajaan kerana stadium juga memerlukan kos pengurusan yang tinggi dan menggunakan wang rakyat. Oleh itu, anda perlu lihat pada dua tanggungan kerajaan negeri menggunakan duit rakyat dalam hal ini iaitu kos menguruskan stadium dan mengurangkan harga tiket pada paras termurah bagi sebuah liga berprestij di Malaysia malah melalui penelitian harga tiket ini antara termurah di Asia Tenggara. Untuk maju kita perlu mengambil contoh pasukan yang telah maju di eropah mahupun asia seperti Jepun dan Korea.
Apa yang anda perlu tahu 50% daripada hasil kutipan tiket bagi setiap perlawanan dapat menampung kos pengurusan pasukan dalam tempoh sebulan. Cuba kamu bayangkan jika 1000 orang sahaja yang hadir bagi empat perlawanan di stadium tuan rumah, mampukah pasukan ini membina satu pasukan yang mantap tanpa bantuan kerajaan. Tidak peliklah jika Liga Malaysia masih dikategorikan kelas D oleh AFC-FIFA. Adakah penaja berminat menaja pasukan yang kurang mendapat sokongan ini? Sanggupkah anda mengeluarkan jutaan wang ringgit untuk melihat jersi pasukan yang anda taja tersadai di kedai-kedai sukan? Semua jawapan pada persoalan ini dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan pada tajuk artikel ini. Oleh itu tidak hairanlah jika Happy, Yusmira, Sinar Harian, Masterskill, RW Plus Energy, Umbro, Alhamra dan Warriors sanggup menaja pasukan Kelantan 2012 kerana mereka tahu potensi yang ada pada penyokong Kelantan.
Bagaimana Penyokong Kelantan yang sering menghadiahkan denda kepada KAFA, Adakah layak untuk gelaran ini? Untuk pengetahuan bersama provokasi atau kontroversi adalah antara salah satu faktor penarik dalam dunia bolasepak, bagi sebuah pasukan yang sedang meningkat naik seperti Kelantan, isu-isu ini penting untuk mendidik penyokong mereka ke arah lebih profesional dan belajar daripada setiap kesalahan yang dilakukan supaya tidak lagi membeban pasukan jika benar jiwa dan hati mereka ikhlas pada pasukan. Kekadang ada juga segelintir yang hadir sekadar menunjukkan lagak hero atau mempamerkan kehebatan tidak bertempat dan menonton bolasepak adalah keinginan kedua mereka. Tidak hairanlah jika masih ada penyokong Kelantan sendiri sanggup mengiyakan pertanyaan orang lain atau media tentang isu berkaitan penyokong Kelantan suka bergaduh atau membuat masalah kerana mereka bukan pengikut setia perkembangan bolasepak Kelantan yang sudah jauh berubah dari segi sokongan penyokongnya, mereka muncul apabila Kelantan berada di final atau perlawanan melibatkan pasukan gergasi sahaja, namun apabila diminta menghuraikan perkembangan sikap penyokong Kelantan, mereka menjawab seolah-olah mereka sering datang ke stadium.
Tahun 2012 memasuki era baru bolasepak Kelantan, penyokong Kelantan bukan lagi memikirkan untuk membeli tiket kapal terbang ke Sabah atau Sarawak tetapi mereka hari ini sedang berpakat untuk terbang bersama ke setiap stadium yang melibatkan perlawanan bolasepak Kelantan dalam saingan Piala AFC nanti iaitu ke negara Indonesia, Vietnam dan Myammar. Ini sikap dan jiwa ada pada penyokong sejati The Red Warriors, mereka tidak banyak cakap atau wang tetapi jiwa mereka besar, setiap langkah pemain mereka, mereka mengikuti dengan penuh semangat dan yakin di atas kapal laut, pelantar minyak di tengah laut, luar negara dan di mana-mana sahaja tempat keberadaan mereka di muka bumi ini.
Biarlah semangat kita ini kekadang dipandang "poyo atau lebih sudu daripada kuah" oleh penyokong pasukan lain tetapi dalam bolasepak penyokong seperti penyokong Kelantan sangat diperlukan dalam membangunkan pasukan dan penjenamaan pasukan ke serata dunia. Saat inilah juga peluang untuk penyokong Kelantan menyeru rakan-rakan mereka daripada pasukan lain supaya bangkit mengenal asal usul mereka menyokong pasukan negeri mereka meskipun hati sudah tebal dengan minat pada pasukan eropah.
hmmm.....!! sebelum terlupa disaat semangat tengah membuak-buak membaca artikel ini, belilah produk asli keluaran KAFA tanpa ragu-ragu kerana setiap sen pembelian anda akan menyumbang kepada kemajuan bolasepak Kelantan. TAHNIAH KEPADA SELURUH PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN KERANA ANDALAH PENYOKONG PALING BERNILAI 2011. JIKA PENYOKONG BOLEH DIBELI ATAU IMPORT, SUDAH PASTILAH ANDALAH PILIHAN UTAMA MEREKA.....GOMO KELATE GOMO.

Jika anda ingin buktikan pengiktirafan ini benar. Ayuh sila share dan pakat undi di link ini http://www.hmetro.com.my/myMetro/Khas/bintangsukan

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Petikan dari Laman webs Rasmi KAFA

Kemah set kito . .tahun 2012 akan habis resit kosong di kelantan sebab kita akan baling resit plokkkkk.Kemah set kito...Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment