Friday 2 December 2011

Wira Yang Tidak Didendang - Ismail Chawailit.

Anda kenal Ismail Chawailit, jurulatih penjaga gol yang sekian lama menabur bakti dengan pasukan Kelantan FA. Bukan sehari dua tetapi bertahun tahun menghamburkan bakti untuk melatih penjaga gol dari Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi antara pemain berkaliber luar dan dalam skuad kebangsaan.

Era kini, kesemua penjaga gol yang mencipta nama dengan pasukan Kelantan pernah berlatih dan menimba ilmu dibawah kendalian Ismail. Tidak kira Shahrizan, Nurhadi, Syed Adney dan Halim Napi. (Adney cipta nama di luar ttp semusim dgn TRW dia dilatih Ismail)

Paling mencuri tumpuan ialah latihan yang diberikan oleh Ismail kepada Khairul Fahmi Che Mat telah mengangkat penjaga gol nombor satu negara tersebut ke tempat sekarang. Dialah memberi tunjuk ajar kepada Khairul Fahmi menjadi pemain yang disegani sehingga ke rantau Asia. Dia juga yang membantu Khairul Fahmi menjadi antara pemain yang tidak takut dengan segala percubaan pasukan lawan ketika diatas padang.

Siapa Khairul Fahmi tanpa Ismail. Dari seorang penjaga gol yang menyepak bola dari garisan gol tidak lepas ke garisan tengah, dari seorang penjaga gol yang tidak mempunyai ketahanan dan fokus. Semuanya diajar dengan begitu baik Ismail untuk membolehkan Apex hadir ke kem skuad kebangsaan dengan cukup "Package".

Pasti orang tidak kenal Ismail kerana sikap low profile disamping tidak mempunyai nama besar seperti jurulatih pasukan lain tetapi pengalaman yang dimiliki beliau sudah dibuktikan kepada ramai pihak terutamanya penyokong setia pasukan Kelantan.

Biarpun Ismail tidak mahukan namanya menjadi sebutan tetapi RedsfcNews tetap "highlight" kepada semua bahawa dia juga merupakan wira kepada pasukan Kelantan dan antara jurulatih berkaliber yang pernah ada membantu penjaga gol Kelantan dikenali ke seluruh dunia. -RedsfcNews-

No comments:

Post a Comment