Friday 13 January 2012

Ghaddar Lepas, Ramez Sangkut?

“ranking hanya dipakai BAGI TUJUAN PENGECUALIAN COOLING OFF yang mana Ghadar tak terlibat sebab di tak bermain dalam LIGA ASEAN, hanya Ramesh Dayoub bermain dalam LIGA ASEAN (Myanmar). Jadi dalam kes Ghadar, kelayakan beliau adalah berdasarkan beliau PEMAIN DIV 1 AFC, kalau dia tak main DIV 1, dia mestilah player dari negara yang ranking lebih tinggi dari Malaysia..takde timbul kekeliruan”.
Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berhubung cubaan mengaitkan pemain import Kelantan, Mahmoud Ghaddar sebagai tidak layak didaftarkan untuk beraksi di Liga Malaysia 2012 kerana tidak mematuhi syarat/peraturan ditetapkan FAM.
Menurut Annuar yang berpendapat isu yang dibangkitkan ini sebagai suatu yang MENARIK, kriteria pertama yang dinilai apabila mengambil seseorang pemain import, adalah KELAB DIWAKILInya, bukan status PASUKAN KEBANGSAAN ATAU NEGARA KELAHIRAN.
“Ghadar tak semestinya pemain kebangsaan Lubnan, dalam hal ini yang kita tengok dia main kelab mana, Divisyen mana, kalau dia tidak mematuhi syarat itu, THEN DIA WAJIB merupakan pemain skuad kebangsaan yang mana rankingnya atas daripada Malaysia, it is CLUB to CLUB transfer, BUKAN COMPULSORY untuk dia main national team, sama juga pemain dari Cameroon, kita tak tengok ranking atas atau bawah, tapi Liga yang dia main..dia tak perlu ada cooling period atau mengikut ranking, sebab dia dah lepas syarat..”.
Namun berbeza bagi kes Ramez Dayoub, pemain import Selangor, Annuar mengakui pemain itu berdepan masalah besar kerana tidak menepati beberapa syarat pendaftaran pemain import yang ditetapkan.
 
“sebenarnya agen Ramez ni pada awalnya offer dia kat KAFA, tapi kita awal-awal lagi tolak, sebab kita tahu dia tak layak..soal cooling period tu satu hal, tapi kat sini dia main Liga ASEAN, bermakna dia WAJIB main dengan team kebangsaan Lubnan, tapi malangnya mengikut peraturan Lubnan harus berada ranking lebih tinggi daripada Malaysia pada 24 ogos 2011, situasi dia tak macam Ghadar tadi, kat sinilah peraturan ranking tu digunapakai, nampak tak?...”.
“dan saya difahamkan jawatankuasa di bawah Tan Sri Aseh, telah membuat pindaan tukar 24 ogos tu kepada 24 November, iaitu latest ranking sebelum tarikh tutup pada 8 Disember, tapi yang silapnya surat pekeliling yang diedarkan tu adalah selepas tarikh tutup 8 disember, ini kesilapan besar, dan keputusan juga tak boleh diambil tanpa memaklumkan kepada ahli gabungan, dalam hal ini secara tidak langsung FAM telah memberi keistimewaan kepada Selangor...”.
Nak lebih perkembangan? Tunggu selesai mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM petang esok.
 
Petikan dari: Suara Sukan Anda
 
Inilah yang kita tak mahu ni kan PHD mesti ada selaluh.Kalau team kau orang dah tak boleh nak daftar pemain import sebab pengurusan kau orang tu yang tak tahu nak buat kerja.Dana besar kerajaan negeri support berjuta nak urus pemain import 2 orang pun masalah besar ke? Contohilah Tan Sri Anuar musa.Tanya dia sejak bila lagi dia rancang? bila dia start beli pemain / booking.Cakap je kau orang semua tahu cakap jee bikin hampeh . .Apa pun Ghaddar Clear....GO FOR MORE!!!!!!!!!
 



No comments:

Post a Comment