Tuesday 31 January 2012

Kelantan Ikat Obinna, Uji Okocha


Red Warriors perkukuhkan pertahanan, Kafa lepaskan Okine dan Zacharia
KOTA BHARU – Bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sah menjadi pemain import terbaru The Red Warriors setelah menandatangani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.
Memetik kenyataan menerusi laman sosial Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa semalam, Nwaneri, 30, yang beraksi selaku pemain pertahanan tengah akan membuat penampilan pertama beliau bersama Kelantan dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, selain Nwaneri yang sudah mengikat kontrak bersama Kelantan semalam, pihaknya juga akan menguji seorang lagi pemain import dari Ghana yang beraksi di posisi serangan dalam tempoh terdekat.
“Pemain yang dimaksudkan ialah Samad Okocha yang pernah beraksi dengan kelab Hapoel Ramat Gan dalam Liga Israel pada tahun lalu. Beliau dijangka tiba di Kota Bharu pada 2 Februari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Sementara itu, Nwaneri pemain yang menyarung jersi pasukan kebangsaan negaranya sebanyak 33 kali sejak 2005, pernah beraksi dengan kelab Kazma Sporting dalam liga utama di Kuwait pada tahun lalu.
“Kedua-dua pemain ini juga akan turun beraksi pada perlawanan Kelantan menentang kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu pada 4 Februari ini. Sekiranya pemain import dari Ghana itu berjaya memikat hati pihak pengurusan, kita juga tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak kepada beliau untuk beraksi bersama pasukan Kelantan,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan dua pemain import sekarang, Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi bersama The Red Warriors, Azman menjelaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan mengenai nasib kedua-dua pemain itu.
“Kita masih ada masa sehingga 13 Februari depan untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya kedua-dua pemain import yang diuji ini lebih bagus, besar kemungkinan kita akan menyenaraikan mereka untuk beraksi dalam Liga Super.
“Mungkin ada perubahan sama ada Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi didaftarkan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) atau kekal beraksi dalam Liga Super. Kita tunggu dan lihat kerana pihak pengurusan belum mengadakan apa-apa perbincangan lanjut bagi menentukan kedudukan mereka,” katanya.
Sementara itu, difahamkan dua pemain import yang didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala AFC sebelum ini iaitu Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) dipinjamkan kepada pasukan Liga Super Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.
Petikan dari Klate.Net
ermm dua lepas dua datang  . . .sempat ke mereka ni nak serasi dgn Player kita? ke bulan 4 nanti akan ada pertukaran plakkk...Apa pun GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment