Sunday 8 January 2012

KELANTAN TEWAS

Tiupan wisel pertama perlawanan menyaksikan kita bermula dengan formasi 4-3-3.Seperti yang kawe ramalkan tetapi kata nak route player? kenapa player yang sama je di turunkan.?entahlah permaianan masa pertama seolah-olah Barcelona yang bermain.one touch dan 2 touch dan hantaran jauh.cantik persembahan pada permulaan tapi kalau Piya ada lagi kemah kawe rasa.Shakir nampak sedikit off form.Pada minit ke-3 Ghaddar membuat percubaan tetapi tersasar.seminit selepas itu Norshahrul pula terperangkap off-side.banyak pergerakkan menyerang yang di tunjukkan.satu petanda yang baik.tetapi pergerakkan agak perlahan sekali-sekala jadi laju.Antwi seolah-olah kesunyian tanpa banyak terlibat dalam setiap pergerakkan.Pada minit ke-9 hasil dari tendangan sudut N.9 tandukkan pemain import mereka Owana hampir-hampir menerjah jaring,mujur Aziz berada tepat dikedudukan untuk menanduk keluar bola.ketika Apek telah tertewas.Nampak bahaya pemain import negeri sembilan ni.mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan tegap.Mahadevan juga bermain baik malam ini.Pada minit ke-23 Indra menanduk bola tapi di selamatkan oleh penjaga gol N.9.ketika kita asyik menyerang satu bola lambung yang di hantar oleh kunalan betul-betul di atas kepala Owana dan menanduk masuk bola tersebut walaupun Farisham cuba menghalang tetapi terkena peha dan bola terbias mengegearkan gawang dan Apek tertewas dengan Gol penyamaan dari Owana.Shakir nampak betul-betul off form sehingga bola hantarannya entah kemana perginya.minit ke 44 Owana sekali lagi membuat percubaan tetapi di selamatkan oleh Apek.Azizi tercedera dan di gantikan oleh Nik shahrul Azim.di kala kita menyerang dengan gerakkan dari tengah padang dan kenapa kita tak gunakan banyak pergerkkan melalui flngker kita seperti Farhan dan Indra.Bola banyak bermain di tengah padang.pada minit ke 46 Owana mendapat bola satu lawan satu mujur Apek sempat menutup ruang.sepuluh minit terakhir nampak sangat pertahanan kita mudah bocor dan hilang fokus.Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1.

   Ulasan separuh masa pertama.Kawe lihat shakir bukan tak boleh nak main cuma dia jadi off form mungkin sebab 2 kerja yang perlu di lakukannya dalam satu masa attacking dan defensive.Shakir kalau defensive biasanya menjadi dan dia mudah fokus.Indra banyak rileks dan tak banyak bola di hantar kepadanya untuk membuat gerakkan.Butler nampaknya banyak merancang strategi mnyerang melalui tengah.kalau kita tengok tahun lepas flangker kita banyak berjaya melakukan serangan melalui gerakkan ini.Bola mudah di bawa lari melalui winger kenapa tidak ada pergerkkan seperti ini.Aziz banyak naik ke atas dan cukup memenatkan untuk turun ke bawah.tengok sahaja 10 minit terakhir betapa berteraburnya defend kita.Ghaddar masih lagi tidak dapat menunjukkan dirinya yang sebenar tapi bila Ghaddar?Antwi pula tidak banyak terlibat.

 Separuh masa ke dua di mulakan dan kita masih mengekalkan 4-3-3.Shakir dah off form kenapa masih nak dia main? kawe menjangkakan Piya dan Roya akan masuk.permainan kita nampak makin merosot jika nak di bandingkan pada separuh masa pertama.pemain nampak hilang punca dan Matyo terpaksa turun untuk mendapatkan bola.Midfield kita mana perginya? Pada minit ke 54 kawe lihat peluanga terbaik Ghaddar untuk menghasilkan jaringan tetapi first volleynya pula side netting.selang dua minit selepas itu Shakir Ali menerima hantaran baik dari rakan sepasukkannya untuk membuat glassing header dan terkena tiang gol dan berlaku kelam kabut tetapi mujur Apek dapat menyelamatkan bola dalam kekalutan.pada minit ke 64 sekali lagi hantaran dapat di lakukan melalui sebelah kiri gawang dan Owana tidak mensia-siakan peluang keemasan itu.pada minit ke 66 Piya menggantikan Antwi dan perubahan taktikal telah berlaku dari 4-3-3 kepada 4-4-2.

Apa yang Piya boleh buat? sempat ke? arm ben Piya tak pakai? kenapa ni Piya?masa dah semakin suntuk dan pemain kita bermain seolah-olah macam dah menang masih lagi rilek dan cuba juga untuk menjayakan tektikal game.kita banyak masalah di pertahanan dan sampai minit ke 70 pun masih tidak dapat di selesaikan lagi.pada minit ke 80 kawe jangkakan Awe akan masuk menggantikan Indra tetapi Aziz yang di keluarkan dan Zamri di masukkan.memang bagus memasukkan pemain muda tetapi buat perlawanan ni kawe rasa belum masanya lagi.corak permainan kita makin merosot dan pemain tidak bertindak lebih aggresif dan cuba mencari gol.Piya pun sudah tak tahu macam mana nak main.pemain lain tidak bermain corak yang Piya inginkan.Piya nampak sudah boleh membaca apa yang di perlukan buat masa ini tetapi sokongan pemain lain yang muda tidak boleh nak memahami Piya.bola hanya bermain di tengah padang dan masa semakin sempit untuk kita mendapatkan jaringan penyamaan apatah lagi kemenangan.Matyo mendapat peluang baik pada minit ke 88 hasil true pass Piya tapi gagal menghasilkan gol.Tambahan masa 4 minit di berikan dan pemain N.9 banyak melakukan serangan dan bukan kita.Tamat masa 94 minit kita tewas dan terlepas 1 dari 4 Piala Sasaran.Walaupun sudah 2 sebenarnya.Kelantan Gagal pertahankan Piala Sumbangsih.

Ulasan perlawanan.
Kelantan mempunyai ramai pemain yang laju dan ada speed kenapa taktikal kita asyik dari tengah padang padahal winger kita laju kita ada Farhan ,Awe dan Chanturu.Indra dan menurun sekarang ini cuba tengok betul-betul tak banyak yang boleh indra buat.Separuh masa pertama lagi Piya perlu ada dalam skuad.Dia jeneral dan master main.dia dah biasa dengan posisinya dan nampak pemain lain serasi jika dia ada.kenapa starting kita nak juga guna 4-3-3.gunakan 4-2-2 dulu biar pemain selesa dan mngimbangi perlawanan.bila separuh masa kedua dan kita ketinggalan bolehlah gunakan 4-3-3 untuk attacking.Kawe tengok dari friendly dan piala Unity pun masih lagi 4-3-3 starting. Awe tidak di masukkan lagi dari 2 live telecast.Sayangkan Chanturu pun tak di gunakan.Butler perlukan banyak lagi formasi-formasi lain yang boleh di gunakan,kalau ramai masa attacking pun tidak dapat hasilkan jaringan buat apa kan.kawe rasa kita perlukan banyak formasi dalam perlawanan tu sendiri kombinasikan 4-4-2,4-5-1,-4-3-3 dan 4-2-1-3 switch player jangan hanya pada posisi serangan.Midfield pun perlu jugak.Defend jadi teruk malam ni sebab bahagian tengah gagal berfungsi seperti yang di harapkan dan bola terlalu kerap datang menyebabkan kita kelam kabut dan tidak rileks.Kelantan perlu kan kebangkitan dan route pemain kena betul-2 jangan hanya bercakap.kena buktikan.pemain muda bukan malam ni perlu di turunkan kita nakkan Piala tapi pemain  pengalaman tidak di turunkan.Semasa Liga Super bermula boleh tukar-tukarkan pemain.kalau sesuatu tidak di lakukan kita pasti akan menjunam...Ayuh bangkitlah Worriors ku !!!!!!!!!!!!!!GO FOR MORE!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment