Tuesday 3 January 2012

KAFA Perkenalkan Dana Insentif Baru


Bonus minima RM500 setiap perlawanan, perkenal sistem pembelian tiket secara dalam talian
KOTA BHARU – Musim 2012 ternyata menjanjikan sesuatu kelainan kepada barisan pemain skuad Liga Super Kelantan sekiranya mencipta kejayaan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju memberikan ‘bonus tambahan’ melalui dana insentif yang baru diperkenalkan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama yang dimeterai dengan penaja utama, Digi Telecommunication serta barisan penaja bersama pasukan The Red Warriors itu bertujuan untuk menghargai segala sumbangan pemainnya yang memacu kejayaan untuk negeri ini.
“Bonus untuk setiap perlawanan ini akan dibayar daripada dana insentif yang kita perkenalkan dan semua pemain sudah diperjelaskan mengenai perkara ini. Sebagai contohnya, setiap pemain akan menerima bonus minima RM500 jika memenangi setiap perlawanan.
“Selain itu, jika pasukan kita berjaya menjuarai Piala FA atau Piala Malaysia, kita akan membayar sekali gus kepada semua pemain. Setiap pemain akan menerima bonus minima RM8,000 dan jumlah tersebut bergantung kepada dana yang kita kumpulkan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi Kelantan 2012 dan penjualan tiket secara dalam talian di Dewan Utama, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) di sini semalam.
Sementara itu, mengulas mengenai sistem penjualan tiket secara dalam talian yang pertama kali diperkenalkan, Annuar menjelaskan, ia bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para peminat untuk mendapatkan tiket tanpa perlu beratur di kaunter jualan pada hari perlawanan.
“Mereka boleh beli tiket perlawanan sepanjang tahun berdasarkan jadual perlawanan yang akan kita keluarkan nanti. Jadi mereka memilih perlawanan mana yang ingin ditonton oleh mereka.
“Tak timbul lagi soal ulat tiket, harga tiket dinaikkan berlipat kali ganda oleh individu yang tidak bertanggungjawab atau pembabitan orang dalam seperti dakwaan orang ramai. Mereka hanya perlu melayari internet dan beli secara dalam talian.
“Memandangkan konsep dilakukan dengan kerjasama pihak swasta, sudah pasti ada caj perkhidmatan dikenakan oleh mereka sekitar RM2 hingga RM3. Untuk memudahkan pembelian menerusi cara ini, peminat perlu membeli seminggu lebih awal daripada tarikh perlawanan itu,” katanya.

Petikan dari KELARE.net.

Pemain kena sedar dan yakin dengan apa yang di usahakan oleh KAFA dengan DANA yang ada ni semoga player bertambah semangat dan menunujukkan prestasi terbaik semasa latihan dan perlawanan.Semoga tiket online ini juga menjadi revolusi bari KAFA supaya NO MORE ULAT...kemah keming dohh tuu . . Apa pun..
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment