Monday 2 January 2012

Piala Sumbangsih Diubah Ke Stadium Nasional Bukit Jalil



KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Perlawanan merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu pada 7 Jan, kini diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kelantan merupakan juara Liga Super manakala Negeri Sembilan juara Piala Malaysia musim lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat ekoran masalah tengkujuh di Kelantan ketika ini.
“Disebabkan masalah hujan yang berlarutan serta beberapa masalah lain, mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan Sumbangsih di Kota Baharu hari ini memutuskan untuk mengubah venue perlawanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata kedua-dua pasukan telah menyatakan persetujuan untuk beraksi di stadium yang boleh memuatkan hampir 90,000 penonton.
“Harga tiket, tarikh dan masa perlawanan 8.45 malam tidak berubah,” katanya.
JKPT FAM menetapkan tiket perlawanan tersebut berharga RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM30 untuk tempat duduk utama (grandstand).

Petikan dari KELATE.net

Apa boleh kita katakan kan,mungkin banyak masalah terpaksa di hadapi oleh Penyokong kita untuk ke SNBJ.Musim cuti sekolah baru sahaja bermula.banyak duit telah di habiskan untuk persiapan anak-anak ke sekolah ,yang petani tak dapat nak menuai hasil sebab musim tengkujuh begitu juga dengan nelayan.Peracun rumput juga terpaksa tunggu hujan dan matahari mungkin cuma pemotong rumput yang yang boleh di teruskan tu pun kalau tak demam.Penoreh getah musim hujan jawabnya tak menorehlahh . . Apa yang dapat kita lakukan untuk kita ke sana? Dapatkah kita penuhkan SNBJ tu?Kawe percaya macam mana sukar dan payahnya kita,kita tetap akan sampai ke sana..Demi TRW.Tanpa sorang dari kita suara kita tak kuat? tanpa seorang dari kita teriakkan kita perlahan? Sapa nak laungkan gol . .gol. . .GOLL!!! sapa nak laungkan GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!! sapa nak jeritkan Ole . .ole. . .OLE!!!!!!!!!.Mampukah penyokong kita penuhkan SNBJ? Seramai mana yang datang?kita tunggu 7 januari nanti.

Penyokong mana yang akan penuhkan SBNJ? kita tunggu dan lihat mampukan pemain ke-12 kita menyusun barisan seperti biasa? Apa pun . .
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment