Wednesday 11 January 2012

KITA BAHAM SINGA

Alhamdullilah . .Aksi sulung liga super kita berjaya memungut 3 mata penuh.walaupun kawe hanya dapat melihat aksi TRW pada siaran tertunda tapi 2 kali tengok sebelum kawe pos kan di blog nii.Seperti yang di gempurkan Lions XII dari singapura dan bermain di tempat lawan yang mnggunakan padang tiruan.
Bila tengok lane up kawe rasa malam ni kita boleh ambik 3 mata penuh di samping bimbang sikit tentang Mat Ghaddar.Tengok Awe berasa kemah dohhh.bermain di padang tiruan sama macam padang futsal yang menggunakan rumput tu kan.
Jersi malam ni kita pakai meroh tapi bila guna seluar warna hitam rasa lain jahh.jarang kita tengok team kita pakai seluar hitam sebab biasa kita guna jersi sama warna dengan baju sebab tuan rumah pakai baju putih dan seluar merah.Jadi kita kena tukar.Jersi Apek pun nampak lain warna silver.Jersi no3 ni kot . .Formasi malam ni 4-4-2.
Sebaik saja wisel di tiup kan kita tengok pergerakkan bola sedikit laju dan lentunan bola juga nampak macam lagu rock.Seawal minit ke 3 kita sudah membuat cubaan tepat pada gawang singapura tapi tersasar oleh Kapten kita Piya.Ada juga sekali sekala hantaran dan passing terlalu laju dan ada juga terlalu awal.memang kita dah bersedia untuk beraksi di padang tiruan nii sebab lepas sumbangsih kita terus trainning ni Wisma FAM sebab ada padang tiruan di situ.Persediaan kita nampak kemas dari segi pengurusan kerana tahu apa yang di perlukan oleh team untuk persediaan perlawanan ini.Kita mendapat free kick pertama dan Indra mencuba tapi tersasar.kita bermain short pass malam ni dan bila samping di tepi baru buat crossing atau pun masuk ke tengah.Ghaddar nampak kemah sikit malam nii.Singapura bermain bola hantaran tinggi stail EPL lahh kononnya tapi tak apa lahh sebab mereka dah biasa dengan padang.minit ke-11 Ghaddar membuat hantaran silang buat Piya tetapi Piya merembat keluar.Singapura di lihat banyak mengatur serangan dan menguasai separuh masa pertama ini dan pada minit minit ke 12 satu percubaan bahaya dari pemain serangan singpura tapi Apek menyelamatkannya.Indra melakukan rembatan tetapi tepat pula pada penjaga gol.Kita mendapat free kick ke-2 di ambik oleh Indra dan sekali lagi tepat pada penjaga gol.Singapura pula menyerang melalui Yasmir tetapi bola chipnye sedikit sahaja melewati palang kerana posisi Apek masa itu dengan menggunakan outside angle maknanya Apek tutup angle di luar petak kecil gol.Kemah sek kito malam ni dengan hantaran pendek dan passing-2 yang agak tepat.Pada minit ke 21 Piya mengambil free kick plakk bertukar-tukar dengan Indra tapi percubaannya tersasar.Matyo mempamerkan skill berbisanya dengan baik cuma mungkin dengan keadaan padang tiruan Matyo nampak mengejar bola kerana psergerakkan laju.Syahril Ishak berjaya melepasi Daudsu untuk membuat percubaan nasib baik bola itu hanya melalui sahaja muka gol.Lions sekali lagi melancarkan serangan dan hantaran cantik dari Jumaat Jantan di sudahkan dengan tandukkan yang gagal di gapai Apek dan Lions XII mendahului dengan 1-0 pada minit ke 32.Respon dengan jaringan itu kita melancarkan serangan balas dan percubaan Awe pula meliar.Pada minit ke 44 penyerang prolifik kita Matyo menerima hantaran dari Daudsu dengan pengawalan bola yang baik dan terus merembat ke Gawang Lions XII dan menyamakan kedudukan 1-1.


Ulasan separuh masa pertama:

Keadaan padang tiruan ini menimbulkan sedikit masalah dengan pemain kita kerana sukar untuk menjangkakan kelajuan bola dan lantunan kerana kesan rumput tiruan ini.Pada 5 minit awal kita tengok pemain kita nak tendang bola pun tak naik.Dari segi formasi memang dah mnarik begitu juga corak pemainan cuma perlu di gunakan sekali sekali flangker membawa lari bola dari tepi padang mungin ini memberi jalan mudah untuk kita menyerang.Ghaddar sudah menunjukkan sedikit peningkatan Tapi kalau bermain di padang biasa kawe rasa dah banyak gol dapat kita jaringkan.kita bermain hantaran pendek dan larian tapi banyak dari tengah padang.Tektikal yang sama sewaktu sumbangsih kenapa tidak sekali sekala gunakan flangker.....
aeparuh masa pertam ternyata Lions XII yang banyak menguasai permaianan.

Sebaik sahaja masa ke-2 bermula kita mula melancarkan serangan bertali arus dan memaksa Lions XII bekerja keras mempertahankan kubu mereka.Ini lah tang kita nak dari team kita.Kita buat possition football mengatur dari bawah ke atas dan jika tidak dapat masuk rapat kita undur semula ke belakang.Taring kita mula bersinar dan MatGhaddar mula mempamerkan apa yang dia ada.Kita mempunyai beberapa peluang melalui beberapa siri serangan dan Matyo nyaris menjaringkan Gol tapi dia melorong kan bola pada Indra jika dia memcuba pada waktu  tu kawe pasti bola tu masuk...Subra dan Shakir menerima kad kuning malam nii.Pada minit yang ke 64 Ghaddar merembat bola rendah di tepis oleh penjaga gol tapi bola rebound tu tidak ke arah Matyo yang telah sedia menunggu.Farhan masuk dan menggantikan Awe.Pada minit ke-78 hasil hantaran Farhan kepada Ghaddar yang mengawal baik bola itu dan di jatuhkan oleh penjaga gol Lions dan kita mendapat penalti.Mat Ghaddar sendiri merembat bola tu ke penjuru kiri gol . .






 Antwi masuk menggantikan Ghaddar pada minit-2 akhir dan hanya sempat sekali menyentuh bola sebelum wisel penamat di tiupkan bagi mengesahkan kita membawa pulang 3 mata sulung.

Ulasan perlawanan.

Worriors kita pertama kali beraksi di atas padang tiruan dan kita bermain macam Barcelona short pass dan control game terutama pada separuh masa ke-2.Flangker sepatutnya di gunakan sekali sekala baru nampak kemas . .kita sudah nampak peningkatan pada Mat Ghaddar dan pemain di barisan pertahanan perlu di kemaskan sedikit lagi.biasa kita bocor bila bola tinggi kerana ke gagalan kita untuk membaca hantaran bola tu.Kita bermula langkah kanan . .3 mata buruan ...3 mata hasil buruan kita dapat.hari jumaat ini baiki lagi sedikit kelemahan yang ada dan kita terus buru 3 mata.Lawan yang menanti adalah PKNS Selanggor.Bermain di Stadium keramat kiat SSMIV.Apa pun kawe harap kita menang lagi . .GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!! 

No comments:

Post a Comment