Tuesday 24 January 2012

Update SSMV



Admin: Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan.

Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.

Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan berbumbung.

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.

Lagi satu, stadium dah buat molek, bertaraf antarabangsa jadi penonton pun kena bertaraf antarabangsa. Jangan melontarkan objek ke dalam padang. Tempat duduk dekat dengan padang dalam stadium baru, Kalau pekong botol lagi, parok la wei! Jadi mulai sekarang, penyokong semua mula hentikan perbuatan melontarkan objek ok?

Kita akan teruskan usaha dan doa. Insya Allah kita akan jayakan usaha ini tak lama lagi. Untuk Kelantan kita! Set kito jange pecoh!







Insyaallah minggu depan IKLAN TERBUKA UTK MEMBEKAL DAN MEMASANG ELECTRONIC SCOREBORD akan dikeluarkan oleh JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN dlm akhbar Utama...Sesiapa yg ada kelayakan dan pengelaman silalah masuk OPEN TENDER ini..SAYA UCAPKAN TERIMA KASEH PD SEMUA YG MEMUNKINKAN KITA DAPAT PERUNTUKAN KHAS YAB PM KHUSUSNYA MENJUNJUNG KASEH PD DYMM TUANKU ALSULTAN ATAS SEGALA PERKANAN BAGINDA MEMBANTU KAFA ..juga terima kaseh kpd PSK,DATO SS,DATO SFINO.....tqvm


No comments:

Post a Comment