Tuesday 17 January 2012

Kelantan lawan Johor Fc


Perlawanan ke3 liga super 2012 akan berlansung malam ini tanpa siaran lansung dari media tempatan dan hanya di TRWFM dan Live streaming.Untung set kito sebab ada live cuma streaming nii munglin kita boleh upgrade menggunakan sever yang lebih besar kerana buat masa kini ramai yang menantikan aksi sebenar pemain-pemain bintang kita untuk musim baru nii.Keseluruhan yang dapat kita rumuskan.skuad kita masih berada dalam keadaan 60%.Dari penjaga gol hingga ke striker.

     Ghaddar memerlukan sikit masa lagi untuk sesuaikan diri dari segi makanan,cuaca dan mungkin bahasa.Lepas Raya cina keadaan cuaca di pantai timur kawe jangkakan akan menjadi panas dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk Ghaddar berada dalam prestasi sebenarnya 100%.Matyo sudah menampakkan peningkatan dan mampu menegelamkan Ghaddar di mana di baraksi 100%.Matyo sudah makin serasi dan makin meningkat.Dari segi Attacking midfield Piya sudah mula meningkat cuma kadang-kadang dia sendiri yang menjadikan keadaannya susah.Kawe menjangkakan Shakir akan kekal sebagai Defensif Midfielder di samping Indra dan Farhan akan kembali kesebelasan Utama.Kembalinya Azizi mungkin akan mengemaskan lagi barisan pertahanan kadang-kadang Subra pun seolah -olah hilang fokus.Mungkin perlawanan dengan PKNS hari tu sebab dia tak confident dengan Keeper,Apek juga di laporkan sudah recover dari injury.Mungkin dia akan mula beraksi atau pun Shahrizan.

  Formasi 4-4-2 akan terus di lakukan dan mungkin formasi akan berubah ubah dari masa dan keadaan.sebagai mana kita tengok EPL beraksi itulah yang bakal di mainkan oleh Butler.Simple games,short pass ang Long pass.Kita tengok team kita bermain dengan pase agak perlahan sebab kita nak gunakan  serangan dari bahagian tengah padang.mungkin kita akan cuba gunakan winger untuk di campurkan dengan formasi asal.kita tengok lah malam ini apa yang akan berlaku.Kawe harap prestasi pemain akan terus meningkat dan supaya kita dah boleh berada dalam tahap 75% ke atas.Kita perlu bangkit dan jayakan misi yang telah di tetapkan oleh KAFA.Kita perlu bijak dan merancang dengan teliti dari segi tektikal lawan dan di padankan dengan tektikal kita bagi mngimbangi dan mencari tektikal force yang tepat untuk mencari sebanyak mana gol yang boleh kita dapatkan.Liga ni kadang-kadang jaringan gol yang menjadi taruhan terakhir.
 Dari segi pemain import apa yang akan di lakukan oleh pengurusan kita samaada Antwi akan di kekal kan atau Okine yang bakal masuk? Atau pun kita perlu mencari defend yang lain dan mengeluarkan Zakaria? Apa yang Tan Sri Anuar Musa akan lakukan?untuk MSL mungkin kita perlukan seorang pemain pertahanan yang kental.Untuk AFC kita perlukan Seorang pertahanan .seorang Defensif Midfielder, seorang striker dan mungkin seorang winger atau flangker.Apa-apa pun kita serahkan kepada KAFA untuk memudtamadkan tentang pemain import.Bangkitlah wahai Worriorsku!!!!!!!!!!!!!!buktikan yang kamu semua sudah sedia dan akan berjuang habis habisan bagi meraih 3 mata dan jaringkan gol sebanyak mungkin untuk jaminan masa depan.GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment