Saturday 14 January 2012

Kelantan 1- 1 PKNS

Malam ini kita bermula dengan Formasi 4-4-2.Piya mengetuai pasukan dan ada perubahan pada bahagian sayap di mana Chanturu bermain di sebelah kanan dan Nurul Azwan Roya di sebelah kiri.Manakala Matyo di gandingkan dengan Antwi sebagai Attacking malam ini.Kehadiran penyokong pada malam ini di anggarkan 10 ribu orang.mungkin kerana keadaan Cuaca yang menyebabkan ramai yang tidak turun ke Stadium.Sultan Muhammad ke 5 mencemar duli untuk menyaksikan sendiri perlawanan pada malam ini.Walaupun Baginda terlewat sedikit dalam 15 minit.Kecederaan Apek menyebabkan Syazwan di turunkan manakala Shahrizan Ismail berada di bangku simpanan.Juara Liga Super Melawan Juara Liga Perdana.Siapa bakal mengutip 3 mata malam ini?Permainan malam ini pada separuh masa pertama di lihat agak kurang teratur kerana semua bola serangan kita masih lagi melalui bahagian tengah padang.Bola tinggi yang di hantar kepada striker selalu mencari Mayto dan jarang bola di larikan di bahagian flangker.Awe juga banyak mendapat peluang dan rembatannya tersasar.Syazwan di lihat banyak rilex pada perlawanan ini cuma sekali sekala bola yang datang mencemaskan.Pada minit ke 15 hasil sepakan sudut bola hanya di mainkan short passes dari Piya ke Awe dan kepada Aziz lalu merembat bola ke gawang lawan tapi terkena pertahanan.Sepakan sudut ke 2 pula di buat sama macam tadi tapi kali rembatan Aziz laju tapi tersasar ke sebe;ah kiri tinag gol PKNS.Pada minit ke 18 piya menghantar bola cantik kepada Matyo tapi rembatan Matyo pula tinggi.Serangan balas yang di gunakan PKNS pada minit ke 39 melalui hantaran tinggi tapi Syazwan hanya melihat sahaja bola tersebut tanpa berbuat apa-apa mujur jolokan Rudy Ramli tidak ke gol.Pada minit ke 45 bari Antwi dapat membuat first try tapi di selamatkan penjaga gol PKNS.Tamat separuh masa pertama dengan tanpa jaringan 0-0.
Pada separuh masa ke 2 Kelantan membuat 2 pertukaran serentak dan mengeluarkan 2 winger Cahnturu dan Awe dan di gantikan dengan Farhan dan Indra.Chanturu kawe setuju di masukkan teteapi kenapa Awe terlalu cepat di keluarkan? ke memang dah di setkan?entahlah kita tengok aksi ke 2 pulakk.Pada minit ke 48 Indra membawa bola ke sebelah kanan dan mengelecek 2 pertahanan PKNS sebelum bola di rembat tinggi melepasi palang Gol.Pada minit ke 58 bola cantik hantaran Piya gagal di tolak masuk oleh Farhan.Kita sering melakukan serangan tapi tiada sebarang jaringan dapat di jayakan oleh pemain kita malam ini.begitu benayak percubaan satu pun tidak membuahkan hasil.Pada Minit ke 58 Antwi di gantikan oleh Ghaddar.
 Serangan bertali arus terus di lakukan tapi jaringan masih lagi tak kunjung tiba.Sebaik sahaja masuk Ghaddar mencuba dengan satu rembatan deras yang terkena pertahanan PKNS kalau tidak kawe rasakan bola itu boleh masuk.Pemain pertahan itu terus di gantikan kerana mungkin kecederaan pada gegendang telinganya.Pada minit ke 65 Rudy Ramli mengelecek 2 pertahan kita kita termasuk Subra tapi mujur Shakir datang tepat pada masanya untuk menyelamatkan keadaan.Penguasaan Boal ketika ini Kelantan menguasai 56%.Pada satu ketika Helmi Ramli tiba-tiba mendapat bola dan merembat dari jarak 30 meter tapi Syazwan berjaya menyelamatkan dengan menepis bola keluar.Pada minit ke 70 hasil sepakkan sudut yang diambil oleh Matyo bola gagal di tangkap oleh pemjaga gol PKNS lalu jatuh betul-betul di hadapan Piya dan dengan sekuat hati Piya merembat bola ke gawang.GOL!!!!! jaringan Piya pada minit ke 70.Selepasa itu keadaan bola mula di kuasai oleh pelawat dan bola nampaknya sukar untuk ke arah gol lawan kita pula di serang bagi mendapatkan gol penyamaan.Selang 10 minit hasil satu kesilapan dari Subra yang menghantar bola perlahan ke arah Syazwan lalu di pintas oleh Rudy Ramli lalu di terkam dengan Jolokan kaki oleh Syazwan membuatkan Pengadil pada malam ini tidak ter agak-agak lagi memberikan sepakan penalti kepada PKNS.Pauzi Dzulkifli merembat bola ke sebelah kanan Syazwan namun gagal di tepis keluar dan PKNS mendapat Jaringan penyamaan.berbaki 10 minit terakhir PKNS membuat sistem pertahanan di mana semua pemainnya berada di kawasan sendiri untuk bertahan.Namun serangan yang di lakukan oleh kita tidak menemui sasaran.Perlawanan berakhir dengan 1-1.Kita kerugian mata malam ini kerana satu kesilapan yang terus di hukum.

Ulasan:
Keseluruhannya kita lihat Kelantan masih nak juga masuk dari tengah bila serangan padahal kita memang kuta dan laju apabila masuk melalui flangker.tektikal game yang membuatkan kita tidak mendapat banyak peluang untuk menghasilkan gol.Entahlah sampai bila kita harus tunggu dan tunggu kerana berbanding pasukan lain.Pasukan kita lebih banyak menyertai perlawana persahabatan dan juga perlawanan Antarabangsa tapi kesananya masih tidak kelihatan.Penyokong yang tidak hadir ke Stadium bukan kerana cuaca tetapi kerana masih kurang yakin dengan prestasi yang di tunjukkan oleh pemain-pemain kita.Tahun lepas pase game kita laju defend mana-mana pun memang mengerikan bila bertemu Kelantan tapi nampaknya setakat hari ni.Tektikal serangan dan bertahan kita masih berada jauh jika nak di bandingkan dengan tahun lepas.Kawe harap walaupun kita nak rehatkan pemain tapi jangan sampai corak pemainan kita hilang.Sesuatu yang telah berlaku pada pasukan dan Coach perlu bertindak segera dengan menggunakan tektikal yang lebih banyak dengan flangker dan prmainan hendaklah laju buka slow macam sekarang.Pemain di bayar dengan ribuan ringgit dan mereka perlu bertenaga dan cergas sepanjang masa.Tidak ada alasan yang perlu di berikan kita cuma perlu menjaringkan gol yang banyak di setiap perlawanan,Tektikal harus berubah dari masa ke semasa dan gandingan perlu di ubah demi melihat satu kejayaan.Apa pun . .GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!


Bukan penyokong sahaja yang melahirkan rasa kecewa tapi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri kurang berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pasukan Kelantan menentang PKNS pada malam tersebut.Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebooknya “Terlalu kecewa saya melihat team bermain mlm ni…mutu sangat rendah..coach dgn lineup yg memperlekeh pkns akhirnya dihukum dan hampir dimalukan..kalau mcm Ni prestasi kita nampaknya TAK KEMANA LA MUSIM INI…prestasi import tak memuaskan Dan PRESTASI JURULATIH JUGA PERLU DINILAI SEMULA…SURAT PERINGATAN PRESTASI AKAN DIKELUARKAN KPD BEBERAPA INDIVIDU….aduhai….”
Penyokong Warriors berharap Kelantan akan bangkit menentang Johor FC pada 17 Januari 2012 ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Petikan dari :

Blog Penyokong Bola Sepak Kelantan FA



No comments:

Post a Comment